Saturday 6 December 2014

Cikgu Sally

Puteri Balqis & Marsha Milan Dalam Cikgu Sally Di TV2

Foto : Budiey.com
Foto : Budiey.com

Sebuah drama menarik bakal menemui penonton pada 2 Disember ini bertajuk Cikgu Sally. Drama ini akan disiarkan menerusi slot Citra, TV2 pada jam 10.00 malam.
Menampilkan pelakon Marsha Milan, Puteri Balqis, Imam Muda Nazrul dan Liza Abdullah.
Cikgu Sally mengisahkan Salina, pelajar lulusan luar negara yang masih belum mendapat pekerjaan yang setaraf dengan kelayakannya. Ia bertambah rumit dengan kegawatan ekonomi negara. Malah sudah banyak temuduga yang dihadiri tetapi masih juga tidak mendapat sebarang pekerjaan.
Ibunya, Mak Kiah juga sering menasihatinya supaya tidak memilih pekerjaan. Malah Salina juga risau dengan pandangan masyarakat jika dia tidak dapat menjawat jawatan yang tinggi.
Mak Kiah sering meluahkan hal tersebut kepada Cikgu Siti. Kebetulan, Cikgu Siti juga sedang menunggu masa untuk bersalin, dia meminta Salina menggantikannya sementara dia bercuti.
Pada mulanya Salina tak mahu, namun akhirnya bersetuju kerana Cikgu Siti selalu megambil berat tentang ibunya.
Dengan gaya dan make up yang cantik, Salina masuk ke kelas dan membuatkan anak muridnya terlopong melihatnya. Salina juga membahasakan diri sebagai Cikgu Sally.
Beberapa ibu bapa bersunggut dengan Salina yang dukatakan tidak mengikut modul tabika yang betul. Ada juga ibu bapa bersungut kerana anak mereka terikut dengan gaya Salina. Salina yang tidak mengaku menyatakan caranya itu betul.
Seorang ustaz bernama Zaki , yang juga rakan baik Salina dari kecil banyak member nasihat supaya Salina mengkali semula rungutan dari ibu bapa yang diterimanya. Cikgu Siti pula memutuskan untuk berhenti kerja kerana mahu menumpukan kepada anaknya.
Salina kemudian cuba melayari internet untuk mendapatkan tip pembelajaran yang berkesan. Salina mendapat idea dan mengajar anak muridnya menyanyi dan mengeja bersama.
Suatu hari Salina kurang sihat dan ketika cuba berdiri, Salina rebah. – kredit budiey.com
Apakah yang akan terjadi seterusnya?  Bagaimana pula tanggapan ibu bapa dan anak muridnya terhadapnya?
Jangan lupa saksikan drama Cikgu Sally pada 2 Disember ini hanya di TV2, jam 10.00 malam. Selamat menonton.

Sumber


Tonton Disini Cikgu Sally

1 comment:

  1. Online Casino Site
    Best Online luckyclub Casino with Slots, Blackjack, Roulette · LuckyClub · Red Dog · LeoVegas · Ignition · Spin for Cash. Our online casino has a great variety of games,

    ReplyDelete