Thursday 9 May 2013

Cinta Beruang



Sinopsis filem Cinta Beruang 

Cinta Beruang mengisahkan ibu kota Kuala Lumpur digemparkan berita seekor beruang terlepas dari sangkar jagaan dua penjaga Zoo Negara, Nabu dan kawannya. Bagi menyelamatkan keadaan, Nabu membuat satu tindakan yang melampaui batas pemikiran iaitu mengenakan sut beruang bagi menyelamatkan kerjayanya dengan menyamar menjadi beruang.

Taktik menjadi apabila tidak seorang pekerja Zoo Negara perasan akan ketiadaan beruang. Bagaimanapun, konflik berlaku apabila Nabu ditugaskan mencari beruang yang hilang, pada masa sama, dia terpaksa menyamar menjadi binatang itu.

Nabu sebelum itu didesak keluarga mencari kerja supaya boleh berkahwin dengan Liza (Jue Aziz).

Pelakon Cinta Beruang: Nabil Ahmad,Jue Aziz,Tauke Jambu, Ropie Cecupak, Sathiya, Angeline Tan, Khatijah Tan dan Mat Over

Filem Cinta Beruang arahan Ramanarayanan dan terbitan Fantastic Villa dilakukan dalam dua versi iaitu Melayu dan India. Filem berkenaan diedarkan Grand Brilliance.





No comments:

Post a Comment