Friday, 31 October 2014

Nur Balqis - Telemovie



Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyatakan penghargaan kepada golongan pendidik yang meraikan sambutan Hari Guru disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru dengan menjanjikan tayangan sebuah telemovie khas bertajuk “Nur Balqis”. Menampilkan pelakon Sari Yanti, Zahiril Adzim, Mandy Chong, Fadzli, Farahanni dan Badrul Munir, drama mengisi slot Panggung Satu ini menemui penonton pada 17 Mei ini, pukul 2.00 petang di TV1.
Mengangkat kisah bagaimana pendekatan lain digunakan seorang guru dalam menyuntik minat dan semangat menuntut ilmu di kalangan pelajarnya, ceritanya bermula dengan babak sejak kecil lagi, Zarul dan Balqis bersahabat baik justeru mereka membesar di kawasan yang sama (kawasan bandar) dan bersekolah di sekolah yang sama. Pun begitu, masing-masing kompetitif. Mereka sering mencabar satu sama lain terutamanya dari segi pembelajaran. Disebabkan itulah, dalam kemesraan hubungan mereka, terselit cemburu dan sifat ingin berlumba.

Balqis pelajar contoh justeru hubungannya yang baik dengan guru dan keaktifannya dalam aktiviti ko-kurikulum terutamanya pertandingan syarahan dan pidato. Zarul pula lebih nakal, selalu mencetuskan masalah. Balqis memasang impian untuk menjadi guru, manakala Zarul mahu bergelar jurutera. Zarul selalu mentertawakan dan memperlekehkan cita-cita Balqis yang dianggapnya biasa-biasa sahaja dan tidak sehebatnya. Tahun berganti tahun, masing-masing meningkat remaja dan melanjutkan pelajaran ke IPTA.
Balgis menekuni bidang pendidikan dengan pengkhususan dalam kesusasteraan, manakala Zarul dalam kejuruteraan mekanikal di universiti yang berbeza. Namun, hubungan mereka tidak putus. Mereka berhubung melalui telefon dan internet. Balqis lulus dengan cemerlang sekali gus melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat ijazah, namun sikap Zarul yang tidak serius (dia tersalah campur kawan) menyebabkannya terkandas pada semester pertama lagi. Keluarganya menggesanya mengambil bidang pendidikan. Dia tidak berminat, namun setelah didesak, dia akhirnya bersetuju. Disebabkan perasaan malu, Zarul tidak lagi berhubungan dengan Balqis sekali gus mengecewakan Balqis. Balqis menamatkan pelajaran lebih awal daripada Zarul. Dia ditugaskan di sebuah sekolah di kawasan luar bandar.
Sementara Zarul berusaha untuk tidak gagal kali kedua, Balqis menghadapi cabaran tersendiri. Para pelajarnya tidak minat dalam pelajaran tambahan lagi apabila tiba ke subjek KOMSAS. Mereka juga nakal dan tidak hormat pada guru. Para pelajar itu diketuai oleh Fauzul. Guru di sekolah tersebut juga tidak bersemangat lagi untuk mengajar dan membentuk para pelajar itu. Balqis tidak berputus asa. Dia sebaliknya beriltizam untuk mengubah senario tersebut kepada lebih positif. Dia merancang pelbagai pembaharuan. Guru-guru lain mula membuka mata. Pembaharuan yang dilakukan Balqis mula menampakkan hasil. Namanya mengharum. Paling memeranjatkan, Fauzul menampakkan perubahan yang baik.
Zarul akhirnya menamatkan pengajiannya. Kebetulan, dia juga ditugaskan di sekolah yang sama dengan Balqis. Balqis terkejut apabila mendapati Zarul bergelar guru. Zarul malu dan cuba mengelakkan diri dari bertembung dengan Balqis bagaimanapun berusaha mengeratkan persahabatan mereka. Zarul masih dengan sikap lamanya. Dia kini berhadapan dengan pelajar-pelajar nakal yang baru memulakan sesi persekolahan di sekolah tersebut. (Zarul mengajar Matematik). Dia mengajar acuh tidak acuh, menyebabkan dia di tegur oleh pengetua.
Apabila Balqis sering kali dipuji dan dijadikan rujukan, dia mula berasa cemburu dan tercabar. Tambahan lagi, Balqis turut “mengapi-apikannya”. Zarul mulai bersikap kompetitif. Dia memperbaiki pedagoginya. Pada masa yang sama, dia menjadi jurulatih pasukan bola sepak sekolah. Balqis gembira dengan perubahan sikap Zarul. Tambah membanggakan, para pelajarnya mulai menyukai Zarul dan fokus dalam pelajaran. Hubungan Zarul dan Balqis kembali akrab.
Hadiah paling bermakna buat Balqis apabila para pelajarnya mendapat keputusan membanggakan dalam SPM, suatu yang menakjubkan bagi rekod sekolah tersebut. Akhirnya, barulah Zarul memahami nikmat dan mulianya pekerjaan guru. Dia belajar dari Balqis dan kini mencintai profesion tersebut.

Sumber

Bunga Bunga Jodoh







SINOPSIS



Perkahwinan mereka diaturkan oleh ibu bapa masing-masing tanpa pengetahuan mereka, tapi yang sebenarnya mereka sudah pon berkenalan.



PELAKON



Aiman Hakim Ridza & Nur Fathia

 








TONTON ONLINE



Menantu Sepuluh Ribu



Slot Azalea kini kembali mempersembahkan sebuah drama kisah cinta bertajuk 'Menantu Sepuluh Ribu' mengantikan drama Fajar Aiman. Drama bersiri 20 episod terbitan A.Aida Production diarahkan oleh Lizam Tugil (Ujang) nukilan skrip Rosmadewi Md Zain. Antara barisan pelakonnya seperti Fizz Fairuz, Reen Rahim, Annie Ariffin, Ewan Mohammad, Aida Khalida, Azah Suaymi, Cat Farish, Aishah Atan, Salwa Md Razak, dan ramai lagi. Jangan lupa saksikan 'Menantu Sepuluh Ribu bermula 16 Jun 2014, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.00 petang menerusi slot Azalea di TV3,
JUDUL : MENANTU SEPULUH RIBU
EPISOD : 20
TARIKH : 16 Jun 2014 (Isnin hingga Khamis - 4.00 petang)
SIARAN : Slot Azalea di TV3
PENGARAH : Lizam Tugil (Ujang)
SKRIP : Rosmadewi Md Zain
TERBITAN : A.Aida Production
PELAKON : Fizz Fairuz, Reen Rahim, Annie Ariffin, Ewan Mohammad, Aida Khalida, Azah Suaymi, Cat Farish, Aishah Atan, Salwa Md Razak 


 Tonton

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod  9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14
Episod 15Episod 16Episod 17Episod 18Episod 19Episod 20










Menantu Sepuluh Ribu - Episod 1 - 16/06/2014... by DramaMelayu

Rania Tip-Top



Kisah Rania yang sangat pembersih. Pantang tengok sampah atau benda bersepah. Mesti nak kemas sampai bersih. Kalau tidak badan berpeluh dan menggigil. Rania mewarisi sifatnya itu dari ibunya yang berperwatakan yang sama dengan Rania.

Selepas tamat peperiksaan SPM, Rania mahu bekerja. Untuk mencari pengalaman dan berdikari. Ibunya mahu dia bekerja dengannya di kedai makan miliknya tetapi Rania tidak mahu. Dia mahu bekerja di tempat lain.

Nasib tidak menyebelahi Rania. Kerana sikap pembersihnya itu, dia selalu dimarahi majikannya dan diberhentikan.

Suatu hari, dia bertemu dengan Pak Saad. Dia menceritakan masalahnya kepada Pak Saad. Pak Saad mencadangkan dia bekerja di tempatnya bekerja.

Nasib Rania baik bila dia berjaya di temuduga dan diterima bekerja di pejabat milik En.Kamal iaitu tempat yang sama dengan Pak Saad.

Melihat keadaan pejabat yang berselerak dan dipenuhi sampah sarap membuatkan Rania tidak tahan. Dia mengemas dan membersihkan sehingga kemas semuanya. Perbuatannya itu mendapat respon negatif dari pekerja di pejabat itu. Sehingga ada yang mengadu kehilangan fail gara-gara di kemas oleh Rania.
Temah salah seorang yang tidak puas hati dengan sikap Rania itu. Padanya, Rania telah mencampuri urusan kerjanya sebagai cleaner di pejabat itu.

Oleh kerana banyak aduan yang diterima mengenai sikap Rania itu, dia ditegur oleh ketuanya, Anju dan Irfan. Mereka berdua bertanggungjawab kerana Rania bekerja di bawah mereka.

Suatu hari, Rania memberi fail yang di minta oleh En. Kamal. Matanya ternampak tali leher yang di pakai oleh En. Kamal senget. Oleh kerana En. Kamal tidak dapat membetulkannya, Rania cuba membantu. Tetapi kakinya tersadung sesuatu dan En.Kamal memegangnya dari terjatuh.

Kejadian itu dilihat oleh Temah dan melaporkankan kepada Puan Suzzy yang kebetulan datang ke pejabat.
Rania sedih bila niatnya disalah erti oleh semua orang. Apatah lagi dia dituduh mahu mengatal dengan bosnya sendiri.

Akibat dari kejadian itu, Rania demam terkejut. Irfan mencari maklumat mengenai keadaan yang di hadapi oleh Rania. Rupanya Rania menghidapi fobia. Fobia pada benda-benda yang tidak berkemas dan kotor.
Rania dan ibunya berusaha untuk mengurangkan fobia itu. Ini kerana fobia yang di hadapi mereka itu menyusahkan ramai orang.

Rania cuba berbaik dengan Temah tetapi Temah jual mahal. Tetapi selepas makan nasi lemak buatan ibu Rania, hatinya terus cair dan memaafkan Rania.

Irfan, Anju dan Pak Saad mahu mengadakan majlis hari lahir bos mereka. Temah ditugaskan untuk memujuk Puan Suzzy supaya menyertai mereka. Manakala makanan di uruskan oleh ibu Rania.

Ibu Rania memberitahunya yang ada orang mahu melamarnya. Rania terkejut kerana salah faham. Sangkanya untuk dirinya rupanya untuk ibunya. Dan dia bertambah terkejut apabila mendapat tahu orang yang dimaksudkan oleh ibunya adalah Pak Saad.

Majlis hari lahir En.Kamal berjalan lancar tetapi Rania buat hal dengan memberitahu Puan Suzzy ada lada melekat di giginya. Puan Suzzy tidak dapat menerimanya dan menuduh Rania sengaja mahu memalukannya. Rania melarikan diri dari situ dan dikejar oleh Puan Suzzy.

Pelakon:
Erin Malek, Fazleena Ahmad Daud, Kaza, Azlee Khairi, Noor Khiriah, Sharifah Shahora & Muhamad Ali Bashah

Abang Samseng Jemur Kain


PLOT:
Marzuki merupakan seorang samseng dan sebagai samseng dia sangat ditakuti tetapi apabila isterinya, Elyana menelefon dia akan menjawab dengan manja. Saksikan kesudahan kisahnya.

Alahai Emak Kahwinkan Aku,



Tribute P.Ramlee : Alahai Emak Kahwinkan Aku, TV1 - 12/10/2014

Telemovie terbaru di TV1 berjudul 'Alahai Emak Kahwinkan Aku' terbitan Juah Corporation Sdn Bhd ini menggandingkannya pelakon Zul Huzaimy, Mardiana Alwi, Rosnah Johari, Kazar, Liza Abdullah dan Oshin.

JUDUL : Alahai Emak Kahwinkan Aku
TARIKH : 12/10/2014
SIARAN : Tribute P.Ramlee : TV1
PENGARAH : Zul Huzaimy
TERBITAN : Juah Corporation Sdn Bhd
PELAKON : Zul Huzaimy, Mardiana Alwi, Rosnah Johari, Kazar, Liza Abdullah dan Oshin

SINOPSIS ALAHAI EMAK KAHWINKAN AKU

Saksikan perjalanan cerita Alawi, suami Norihan yang selama ini tidak dapat tunaikan tanggungjawabnya sebagai bapa pada Mat Ali kerana keeganan Mat Ali menerimanya sebagai ayah tirinya, pantas menyokong kemahuan Pijo. Biarpun Pijo hadir dengan lurus dan serba kurang dalam dirinya, Alawi menyenangi Pijo sebagai anaknya. Malahan saja Alawi ambil Pijo kerja sangkar ikan miliknya.

Berlainan pula penerimaan Norihan terhadap Pijo. Norihan terus simpan rasa tak sukanya pada Pijo kerana Pijo pernah malukan dia di mata umum 5 bulan lalu. Norihan curi seutas kalung manik kerana waktu nak beli, kalung itu sudah ditempah. Pijo beritahu Tuan Gerai hal itu dan rahsia Norihan pecah. Lantas bila Norihan tahu Pijo nak kawin, dia gelak dan cebiknya mendahului segala.

Dalam masa yang sama, Pijo rapat dengan Shima. Pijo luahkan rasa sukanya pada Shima.


Shima faham perasaan Pijo. Lantas dalam lembut dan untuk jaga hati Pijo, Shima gariskan dia akan selamanya tetap akan terima Pijo, tetapi sebagai kawan dan tak mungkin lebih dari itu. Pijo faham situasi namun kecewa.

Pijo terus desak Maziah. Maziah cuba berdalik dan mereka helah. Namun kemahuan Pijo kuat. Pijo merajuk. Pijo hilangkan diri. Timbul salah sangka yang mengatakan Pijo lemas di sungai. Norihan jumpa Pijo. Rasa tak suka Norihan pada Pijo bertukar jadi simpati. Lantas bila Mat Ali terlepas mulut mengatakan ada calon yang sesuai dengan Pijo, Norihan dan Alawi pantas sedia membantu.

Dalam masa yang sama, perangai buruk Mat Ali yang suka bertukar kekasih semakin menjadi-jadi. Pak Imam sarankan Alawi tegur dan nasihati Mat Ali. Mat Ali tak bena segala kata Alawi dan terus saja dengan mahunya.

Atas usaha dan bantuan Norihan bersama Alawi, Pijo diijabkabulkan dengan Faikah yang sebelum ini tinggal bersama emak saudaranya, Laili. Dalam manis rumahtangga Pijo ada juga masinnya. Maziah, Alawin dan Norihan sama bantu Pijo supaya lebih kenal tanggungjawab dan peranannya sebagai suami. Akhirnya, Pijo berjaya buktikan dirinya mampu suami yang baik dan bertanggungjawab.

Saat Pijo dan Faikah timang cahaya mata pertama. Shima naik pelamin dengan pemuda pilihan hatinya. Mat Ali terus hampakan Norihan yang mahu bermenantu dengan alasan, belum cukup sedia nak terima dan pikul tanggungjawab sebagai suami.


Tribute P.Ramlee : Alahai Emak Kahwinkan Aku... by DramaMelayu

Cikgu Gangster

Cikgu Gangster (2014) Full Movie Streaming

Drama ini mengisahkan Amar(Syed Ali), seorang gangster ‘kecil-kecilan’ merampas wang rompakan daripada anggota gangster lain bernama Terry.

Ketika melarikan diri daripada Terry, Amar bersembunyi dalam van dimiliki Haji Rahman. Tanpa sengaja, Haji Rahman (Zaidi Omar) membawa Amar menuju ke Kem Motivasi Bukit Tokak iaitu kem untuk pelajar bermasalah miliknya. Amar menyelinap masuk ke kem itu lalu menyamar sebagai guru pelatih yang pernah mengikuti latihan ketenteraan.

Namun, kedatangan Amar tidak disenangi anak perempuan Haji Rahman iaitu Maria(Siti Saleha) yang dapat merasakan Amar menyembunyikan status dirinya yang sebenar. Amar mula mengajar pelajar bermasalah itu dengan caranya yang tersendiri iaitu sebagai cikgu gangster. Kedatangan Amar menimbulkan ketidakpuasan hati kepada semua pelajar itu kerana mereka kini semakin terikat dengan ‘cara ajaran’ Amar yang agresif.

Dalam pada itu, Amar yang sedang menyamar mula merasakan perubahan berlaku pada dirinya. Akhirnya, Amar berubah dan mula belajar mendalami agama. Hidup Amar semakin indah apabila Maria jatuh hati padanya. Namun dapatkah cinta mereka bersatu apabila Maria dapat tahu siapa Amar sebenarnya? Jangan lupa saksikan Drama Cikgu Gengster full movie ini lakonan Syed Ali, Siti Saleha, Zaidi Omar, Hafeez Mikail, Mohd Zaki, Faiz Kamal, Saidi, Sabri Yunus, Beego, dan Man Raja Lawak. Bagi yang terlepas menonton Cikgu Gangster Full Movie, boleh tontonnya di laman ini.

Wednesday, 29 October 2014

Love You Mr. Arrogant

Synopsis:

Mengisahkan Zaara Amirah yang terperangkap dengan lamaran paksa dari seorang lelaki yang yang asing dalam hidupnya, Zafriel Irham. Kerana ingin mengelak dari mengahwini pilihan ibunya, Zafriel memaksa Zaara menjadi isterinya dengan menjanjikan sebuah Janji. Keputusan Zaara itu membuatkan hidupnya kacau bilau bila apabila terpaksa melayan sikap suaminya yang sangat ego. Adakah bahagia buat Zaara?


Tonton

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod  9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14
Episod 15Episod 16Episod 17Episod 18Episod 19Episod 20Episod 21
Episod 22Episod 23Episod 24Episod 25Episod 26



Love You Mr Arrogant E01 by dm_5256ebbb658c1

Mamak Cupcake



cover
Mamak Cupcake.2014.DVDRip.Malay.Film
imdb
Detected quality : DVDRip
Genre : Comedy
Release Date : 25 August 2014
Language : Malay
Country : Malaysia
Sinopsys :
Mamak Cupcake.2014.DVDRip.Malay.Film – Cupcake Mamak film revolves around a native Penang mamak ancestry, MJ, starring Sam Shaheizy facing conflict of interest and his goal in life is very different.
MJ was interested in making cupcakes. Unfortunately, the intention is hampered because when the father wanted him to inherit the family business tradition. MJ almost gave up until he meets a girl, Juliana (Siti Saleha), which restores the spirit.

screenshots :
screenshot1 screenshot2 screenshot3 screenshot4



Love You Mr Arrogant Raya


LYMA datang lagi. Drama bersiri popular Love You Mr. Arrogant akan kembali menceriakan peminat apabila bakal hadir dengan telemovie baru berjudul Love You Mr. Arrogant Raya akan disiarkan di TV3 pada perayaan Hari Raya Aidilfitri kelak. Pasangan popular Zara Zya dan Azlee Khairi sekali lagi bergandingan dibawah arahan Eoon Shuhaini. Nantikan telemovie ini bersiaran pada 27 Julai 2014 jam 9.00 malam di TV3.



JUDUL : Love You Mr Arrogant Istimewa Raya 

TARIKH : 27 Julai 2014

SIARAN :  Ahad, 9.00 malam di TV3

PENGARAH : Eoon Shuhaini

TERBITAN : Primeworks Studios

PELAKON : Azlee Khairi, Zara Zya, Fadilah Mansor, Idris Md Diah, Norish Karman, Aliesha Kirana, Mustafa Kamal, Azizul Azman


SINOPSIS LOVE YOU MR. ARROGANT RAYA
Kebahagiaan rumah tangga Zara dan Irham bersama anak sulung mereka, Nazriel Iman yang baru berusia setahun kembali teruji. Kecomelan pasangan Zara dan Irham makin terserlah bila Irham asyik merajuk dan mereka sering berbalah berkenaan bermacam perkara. Konflik mula melanda hidup Zara dan Irham apabila Zara membuat keputusan untuk berkerja di pejabat lamanya. Irham dan Farizah (isteri Hardy) mula menerima gambar-gambar yang menunjukkan kecurangan antara Zara dan Hardy. Sherry yang dulunya jahat juga muncul semula.




GAMBAR PELAKON 



Hantu Nan Sempit

 
Release Date: 05 Jun 2014

Language:Malay

Subtitle: -

Genre:Comedy

Running Time: 90 minutes

Director:Ahmad Idham

Cast:Hazama Azmi, Soffi Jikan, Khir Rahman, Erin Malek, Jue Aziz

Distributor:Excellent Pictures Sdn Bhd

Synopsis:
This horror comedy film is a mix of the "Adnan Sempit" and "Hantu Bonceng" movies. The story follows Adnan, who is on his way back home riding his bike, when he suddenly gets into a mysterious accident. Adnan is discovered to be lost without a trace and all that is left is his bike at the scene of the accident.


Homestay Berhantu

Homestay Berhantu TV9



Sinopsis Homestay Berhantu
Telemovie komedi seram yang mengisahkan tiga sahabat Din, Man dan Achik (lakonan Kumpulan BOCEY) yang baru kehilangan pekerjaan sehingga hanya mampu memakan bawang rebus, tiba-tiba mendapat durian runtuh apabila Man diwasiatkan sebuah rumah yang sudah lama tidak berpenghuni.

Peguam yang menguruskan wasiat berkenaan, Encik Zikri (Nas-T) mencadangkan mereka untuk membuat rumah wasiat itu sebagai rumah rehat tetapi dengan beberapa syarat pelik seperti memasang kamera CCTV dan mereka perlu menghantar rakaman video kepada Zikri setiap hari.

Mahu tidak mahu, kerana terdesak, mereka menurut kehendak En Zikri dan berpindah ke rumah berkenaan dan menjadikannya rumah rehat.

Mereka juga turut berkenalan dengan jiran baru bernama Mawar (Izreen Azminda) yang juga mempunyai warung tidak jauh dari rumah rehat mereka.

Kegembiraan tiga sahabat itu mendapat rumah wasiat tidak kekal lama apabila terdapat gangguan dan kejadian aneh yang mula menghantui mereka. Mereka semakin dilanda ketakutan apabila mendapati jiran mereka Mawar, bukanlah seorang manusia.

Telefilem komedi seram Homestay Berhantu membariskan pelakon hebat seperti Izreen Azminda, kumpulan Bocey dan Nas T.


Fira Ayuni




Drama yang bakal ditayangkan di slot samarinda Fira Ayuni.

Arahan: Azma Aizal Yusoof
Jumlah Episode:
Terbitan: Temenggong Pictures
Para Pelakon: Faralyna,Shah Iskandar, Azlee Khairi,Faz Ahmad Daud,Jihan,Zulina Aziz,Intan Ladyana

Watak:
Shah Iskandar: Hadi
Faralyna: Fira Ayuni
Intan Ladyana: Rozita
Jihan: Che Mun

Lagu Tema


Yes Boss Raya


Yes Boss Raya
Sinopsis Yes Boss Raya

Apabila Aryana (Emma Maembong) dan Irham (Fahrin Ahmad) bertukar perwatakan selepas berkahwin, apakah akan berlaku? Aryana menjadi 'bossy' manakala Irham hanya mengikut kehendak Aryana. Irham mula rapat dengan Nisya (Nur Risteena) yang lemah lembut. Saksikan kesudahan kisah berhari raya antara Aryana dan Irham.


Tuesday, 28 October 2014

Klon Ustaz



KISAH pemuda yang cuba berubah untuk menjadi lebih baik tetapi penuh dengan maksud tersirat menjadi inti pati kepada jalan cerita Klon Ustaz yang pasti mencuit hati.

Tidak klise seperti drama-drama yang pernah ditayangkan sebelum ini, pastinya kesesuaian watak dan jalan cerita diberi perhatian khusus oleh pengarahnya untuk mencantikkan lagi drama ini.
Drama komedi ini telah menjalani penggambaran di Universiti Malaya dan beberapa lokasi lain di sekitar Lembah Kelang.
Bagi pengarah MP Roslin MD Syarif pastinya cabaran terbesar adalah menghubung jalin elemen lawak memandangkan watak utama bukan dalam kalangan pelakon komedi.

“Memang cabaran utama terletak kepada Syarul Ridzuan memandangkan dia merupakan pelakon baru yang diberi tanggungjawab sebagai teraju utama.
“Saya masih ingat ketika hari pertama di set penggambaran, dia mengadu kurang mahir berkomedi. Tapi nampaknya dia mampu memberikan yang terbaik seperti yang saya inginkan,” ujar pengarah berusia 46 tahun ini.

Jelas MP Roslin pastinya dia perlu berhati-hati dalam aspek lakonan para pelakon memandangkan cerita ini ada kaitan secara tidak langsung dengan sensitiviti agama.
Segala aspek perlu diteliti agar tidak menyinggung mana-mana pihak terutama melibatkan babak di surau dan sebagainya.
Selain itu cabaran paling besar apabila terpaksa menggunakan masa yang singkat ketika melakukan penggambaran di Universiti Malaya memandangkan mereka perlu mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak universiti tersebut.
Selain Syarul Ridzuan, Klon Ustaz turut dibintangi Anzalna Nasir, Man Raja Lawak dan Roy Azman.

Bagi Anzalna, dia tidak menghadapi masalah besar untuk melakonkan watak Mastura memandangkan itu bukan kali pertama untuknya melakonkan watak wanita bertudung yang penuh dengan kelembutan.
Ketika ditanya tentang gandingan bersama Syarul Ridzuan pula, dia tidak menafikan antara mereka sudah dipertemukan dalam drama beberapa kali sebelum itu.
“Memang benar keserasian antara pelakon amat penting untuk menghasilkan karya yang baik. Tak dinafikan semua pelakon memberikan yang terbaik kepada drama Klon Ustaz ini.

“Kalau ikutkan memang watak saya ini sudah biasa dibawa. Yang memberikan kelainan adalah naskhah keseluruhan memandangkan drama ini mendapat sentuhan komedi,” jelasnya lagi yang pertama kali terlibat dengan produksi Enuja Productions Sdn. Bhd.

Memang benar keserasian antara pelakon amat penting untuk menghasilkan karya yang bagus.

Klon Ustaz mengisahkan tentang Amir lakonan Syarul Ridzuan yang juga merupakan seorang pelajar di sebuah universiti tempatan.
Amir mempunyai dua sahabat baik dan mereka merupakan pelajar nakal yang sering menimbulkan masalah kepada semua termasuk ketika berada dalam kelas.
Peribadi Amir tidak sebaik mana tetapi pertemuan dengan Mastura (lakonan Anzalna Nasir) yang kebetulan mahu ke surau telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada dirinya.

Keperibadian Mastura begitu tertib, bertudung labuh dan menjadi contoh muslimah yang baik mencairkan hati Amir yang tidak keruan memandangnya.
Pelbagai helah dan idea muncul untuk mencari jalan bagaimana untuk terus berhubung dan bertentang mata dengan gadis pujaannya sehingga menimbulkan pelbagai idea gila kepadanya.

Untuk terus kekal berhubung, Amir mengambil keputusan untuk menukar penampilan diri agar dilihat lebih alim dan seperti orang agama.
Mengenakan jubah dan kopiah, Amir selalu datang ke surau mengikuti Mastura untuk bertegur sapa. Selepas sahaja dia bertegur Amir akan pulang tanpa menunaikan sembahyang.

Kelibat Amir yang berpura-pura alim itu menarik perhatian Ustaz Hafiz sehinggalah ditegur atas perbuatannya itu. Amir perlahan-lahan berubah ke arah kebaikan selepas itu.

Pelbagai kisah lain terjadi antara mereka digarap secara santai dan cukup menghiburkan. Kemuncak kepada segala-galanya apabila Amir bertekad untuk meminang Mastura sebagai isterinya.

Lakonan hebat oleh Anzalna,Roy Azman dan Syarul Ridzwan

Sumber


Telemovie Klon Ustaz, TV9 - 27/10/2014 by DramaMelayu

Surat Dari Langit Biru

Sinopsis drama Surat Dari Langit Biru, Slot Samarinda TV3



 Johan Asari dan Yana Samsudin sebagai adik beradik.

Hai, drama Surat Dari Langit Biru akan bermula pada 6 Februari dalam Slot Samarinda TV3. Drama ini dijangka akan membuatkan anda sedih (mungkin akan membuatkan air mata anda menitis). Jom lihat sedikit sinopsisnya di bawah ini.





Sinopsis



Mengisahkan pengorbanan dan kasih sayang antara dua beradik Zarul (Johan Asari) dan Salmi (Yana). Zarul sanggup berkorban masa depannya demi kakaknya sehingga berjaya bergelar doktor. Takdir menentukan yang Salmi terpaksa berkahwin dengan Heykal (Fizo Omar) kerana terhutang budi pada ayah Heykal walaupun hidupnya merana disebabkan Heykal terbabit dengan kegiatan haram. Heykal dan adiknya Lisa cuba memisahkan Zarul dan Salmi. Zarul dibuang oleh keluarga kerana tomahan dan fitnah yang dilemparkan kepadanya. Semuanya angkara Lisa yang membuat onar. Akhirnya dia mengasingkan diri untuk mencari tempat mengadu nasib. Dapatkah Heykal melunaskan rancangan kejamnya. Berjayakah Zarul bersatu kembali dengan kakaknya Salmi.

Promo

Semontel Cinta Kita



Semontel Cinta Kita, Skrin Di 9 (2014)

Drama arahan Heykal Hanifah bertajuk Semontel Cinta Kita. Antara pelakon yang membintangi drama ini ialah Syanie, Dottie, Muniff, Sari Yanti, Amyza Adnan, Mursyed Anak Wayang dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Semontel Cinta Kita

Kalut jadinya apabila suaminya Osman berubah penampilan, berdiet dan sentiasa wangi. Zulia cemas apatah lagi bila teman baiknya, Marlia bercerita mengenai ragam lelaki yang semakin laku dan diminati wanita apabila usia menjejak 40 tahun. Zulia tekad untuk mengamalkan diet ketat kerana risau suaminya ingin beristeri muda, hingga merubah sikapnya menjadi seorang isteri yang pemarah dan pemalas.


Semontel Cinta Kita, Skrin Di 9 (2014) by DramaMelayu

Surat Di Bawah Pintu


Surat Di Bawah Pintu, TV9 (2014)

Sinopsis.
Sepucuk surat pengubat hati yang duka. Pendamping sebuah bahagia satu keluarga. Pengukir senyum tawa dan pengutus kemesraan daripada seorang bapa. Namum apabila sepucuk surat sudah tidak bermakna, adakah kenangan bahagia pergi bersama.



Surat Di Bawah Pintu, TV9 (2014) by DramaMelayu

Kekasih.Awak.Dan.Akhir



KEKASIH AWAL & AKHIR
SINOPSIS KEKASIH AWAL DAN AKHIR
9 November 2011, 8.30 malam
Lakonan: Aaron Aziz, Fauziah Ghous, Siti Saleha



Sebuah telemovie yang diterbikan oleh syarikat milik pelakon Aaron Aziz iaitu Aaron Aziz Productions dan telemovie Kekasih Awal & Akhir menjadi telemovie pertama yang diterbitkan oleh beliau. Masih mengekalkan chemistry bersama pasangannya dalam Nora Elena iaitu Siti Saleha, dan Budiey rasa ramai peminat Aaron Aziz dan Siti Saleha tak sabar untuk menonton telemovie ini.

Nama Aaron Aziz semakin melonjak dipesada seni dan diminati ramai. Dan buat pertama kalinya, beliau telah mengarahkan telefilem khas buat Media Prima dan ianya juga merupakan arahan pertamanya di Malaysia menerusi Aaron Aziz Productions Sdn Bhd. ‘Kekasih Awal dan Akhir’ ini menceritakan tentang Awal, lakonan Aaron Aziz, merupakan seorang pelajar Universiti dan mempunyai perwatakan yang kacak serta bergaya. Perwatakannya itu membuatkan ramai gadis terpikat dengan dirinya. Di Universiti, Awal mempunyai seorang sahabat karib iaitu Julia (Fauziah Gous). Keakraban mereka membuatkan Julia menaruh hati terhadap Awal. Namun, Awal tidak pernah menganggap Julia lebih daripada sahabat.

Kedua mereka begitu aktif dan masing-masing telah mengambil bahagian menjadi sukarelawan untuk satu kempen. Di situ, Awal berkenalan dengan Akhirah, yang dilakonkan oleh Siti Saleha. Apabila Julia mendapat tahu, dia terus meluahkan perasaan terhadap Awal, namun cintanya ditolak. Julia kecewa dan membawa diri. Awal mendekatkan diri dengan Akhirah dan sayangnya terhadap Akhirah bertambah apabila mendapat tahu Akhirah tiada ibu dan bapa. Awal nekad mengahwini Akhirah dan akhirnya setelah tiga tahun berlalu, Akhirah mengandung.



 

Bak kata pepatah, sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Akhirah terlibat dalam kemalangan jalanraya dan Akhirah sudah tidak seperti dahulu lagi.

KREDIT TO BUDIEY BLOG






Cinta V-log




Sinopsis:Cinta V-log mengisahkan kisah cinta remaja antara Shezz (Alif Aziz) dan Madiha (Wawa Zainal) yang berputik di laman Internet. Shezz dikenali kerana vlognya dipenuhi elemen lawak, persembahan muzik dan nyanyiannya. Manakala Madiha pula menggunakan vlog sebagai medium untuk mengajak rakan perempuan untuk sama-sama memperbaiki diri menjadi Muslimah yang baik. Namun, keikhlasannya disalah erti, lebih-lebih lagi Shezz yang menuduh Madihah menggunakan nama dakwah dan Islam untuk mengejar populariti. Berlaku perdebatan hangat antara dua vlogger itu lalu satu pertemuan diatur untuk menjelaskan perbezaan pendapat di antara mereka. Selepas pertemuan itu, Shezz jatuh cinta pada Madiha lalu menggunakan vlog miliknya untuk memikat Madiha. Madiha yang malu dengan perbuatan Shezz menutup akaun vlognya. Shezz menyesal pernah memandang rendah pada Madiha kerana setelah kejadian itu, dia melihat semua rakaman video Madiha dan mula menjejaki Madiha untuk memperbaiki hubungan mereka.


Pelakon Cinta V-log: Aliff Aziz, Wawa Zainal, Anne Ngasri dan Zahiril Adzim....

Pada 6 JUN yang lepas, 7 jun tu my burfdayy....hahaha....TV9 telah menyiarkan telemovie yang bertajuk Cinta Vlog. Ramai blogger blogger yang excited nak tengok telemovie Cinta Vlog nih lebih lebih lagi apabila Maria Elena bakal muncul dalam telemovie tersebut. tapi sayang!! Scene Maria Elena terlampau singkat..tak puas tengok.hehe.
KELASS KAU MARIA...
Maria Elena yang Awesome! *ini gambar bukan video! jgn tekan button play hokehh!LOL
Selain dari kemunculan Maria Elena, aku suke dengar lagu yang dimainkan dalam telemovie nih.tajuk lagu tuh  "Cinta Ya Cinta" nyanyian Aliff Aziz..kat bawah nih video yang aku amek dari youtube and aku tempekkan sekali dengan lirik untuk lagu Cinta Ya Cinta.. korang nyanyilah sampai anak tekak berdenyut!

Sumber


Vaanakam Cikgu


Fezrul Khan, Azlee Khairi, Joseph Abraham, Kazar, Malar Meni.
Vaanakam Cikgu, Telemovie Deepavali TV3 - 22/10/2014

Telemovie Vaanakam Cikgu yang turut disiarkan pada 22 Oktober, pukul 2 petang mengisahkan tentang juruterbang Tentera Udara Malaysia (TUDM) yang terkenang kisah silam.

Sewakti zaman persekolahannya Mejar Murhty sering dipukul oleh ayahnya yang mabuk, namun dengan bimbingan cikgu Kamal Hassan dia berjaya mengejar cita-cita sebagai juruterbang.

Bagaimanapun hubungan dengan cikgu Kamal terputus selepas dia taman persekolahan, dia berazam untuk mencari semula dan membalas jasa lelaki itu.

Drama ini dibarisi pelakon Fezrul Khan, Azlee Khairi, Joseph Abraham, Kazar, Malar Meni.


Vaanakam Cikgu, Telemovie Deepavali TV3 - 22/10... by DramaMelayu

Mr Istikharah





Saksikan telemovie khas sempena sambutan Maal Hijrah berjudul 'Mr Istikharah di slot Cerekarama TV3, menampilkan pelakon sepert Amar Asyraf, Cristina Suzanne, Amyra Rosli, Ashraf Muslim dan Fikhree Bakar. Telefilem ini bersiaran pada hari Sabtu, pukul 9.00 malam di TV3.

JUDUL : Mr Istikharah
TARIKH : 25 Oktober 2014 (Sabtu, 9.00mlm)
SIARAN : Cerekarama TV3
PENGARAH : Shahrul Ezad
TERBITAN : Al Hidayah Production
PELAKON : Amyra Rosli, Amar Asyraf, Cristina Suzanne, Ashraf Muslim, Fikhree Bakar.

SINOPSIS MR ISTIKHARAH
Mengisahkan mengenai seorang ustaz (Amar Asyraf) yang menjadi idaman kepada gadis terutamanya rakan karib, Mastura (Cristina Suzanne) dan Aisyah (Amyra Rosli). Pelbagai cara yang dilakukan oleh mereka berdua untuk menarik perhatian ustaz itu.


Mr Istikharah, Cerekarama TV3 - 25/10/2014 by DramaMelayu