Showing posts with label Malay Movie. Show all posts
Showing posts with label Malay Movie. Show all posts

Monday, 3 November 2014

Gangster Celop

Gangster Celop mengisahkan dua orang bekas gangster iaitu Aman (Kamal Adli) dan Adam (Syamsul Yusof) yang baru selesai menjalani hukuman penjara selama lima tahun. Mereka bertekad untuk berubah dan menjadi insan yang lebih baik.




Bagaimanapun, sebaik bebas, mereka dikehendaki menjaga Suzana (Hanis Zalikha) iaitu anak perempuan kepada Mat Jambu (Yus Raja Lawak),seorang ketua gangster yang pernah melindungi mereka dahulu. Suzana baru pulang dari luar negara untuk memulakan perniagaan di Malaysia.

Disebabkan tugasan itu, semua menjadi huru-hara dan secara tidak langsung mereka terbabit dalam konflik tercetus antara Mat Jambu dan musuhnya, Man Cirit (Azad Jazmin) yang merupakan musuh tradisi untuk sekian lama.

Pelakon Gangster Celop: Syamsul Yusof, Kamal Adli, Yus Jambu, Azad Jazmin, Reen Rahim serta blogger terkenal, Hanis Zalikha



Watch Gangster_Celop 2013 in Action & Adventure | View More Free Videos Online at Veoh.com

Wednesday, 29 October 2014

Mamak Cupcake



cover
Mamak Cupcake.2014.DVDRip.Malay.Film
imdb
Detected quality : DVDRip
Genre : Comedy
Release Date : 25 August 2014
Language : Malay
Country : Malaysia
Sinopsys :
Mamak Cupcake.2014.DVDRip.Malay.Film – Cupcake Mamak film revolves around a native Penang mamak ancestry, MJ, starring Sam Shaheizy facing conflict of interest and his goal in life is very different.
MJ was interested in making cupcakes. Unfortunately, the intention is hampered because when the father wanted him to inherit the family business tradition. MJ almost gave up until he meets a girl, Juliana (Siti Saleha), which restores the spirit.

screenshots :
screenshot1 screenshot2 screenshot3 screenshot4



Hantu Nan Sempit

 
Release Date: 05 Jun 2014

Language:Malay

Subtitle: -

Genre:Comedy

Running Time: 90 minutes

Director:Ahmad Idham

Cast:Hazama Azmi, Soffi Jikan, Khir Rahman, Erin Malek, Jue Aziz

Distributor:Excellent Pictures Sdn Bhd

Synopsis:
This horror comedy film is a mix of the "Adnan Sempit" and "Hantu Bonceng" movies. The story follows Adnan, who is on his way back home riding his bike, when he suddenly gets into a mysterious accident. Adnan is discovered to be lost without a trace and all that is left is his bike at the scene of the accident.


Sunday, 26 October 2014

Setem


















Filem Arahan:
Khabir Bhatia

Barisan Pelakon Utama:
Rashidi Ishak, Afdlin Shauki, Que Haidar, Sathiya and Vanida Imran

Pontianak Harum Sundal Malam



Pontianak hsm 02.jpg
Pengarah Shuhaimi Baba
Penerbit Shuhaimi Baba
Pengarang Shuhaimi Baba
Lakonan Maya Karin
Azri Iskandar
Rosyam Nor
Pengedar Pesona Pictures Sdn Bhd
Negara  Malaysia
Bahasa Bahasa Melayu
Rujukan Filemkita
Pontianak Harum Sundal Malam ialah sebuah filem arahan Shuhaimi Baba. Pelakon utama filem ini, Maya Karin memegang dua watak dalam filem ini iaitu Maria dan Meriam. Kutipan hasil jualan tiket ialah sebanyak RM3.2 juta. Oleh sebab mendapat sambutan yang amat menggalakkan serta mendapat pengiktirafan semasa di festival filem luar negeri, Shuhaimi Baba menghasilkan filem Pontianak Harum Sundal Malam II yang menjadi sambungan cerita Pontianak Harum Sundal Malam.

Sinopsis



Filem seram ini bertumpu kepada rentetan kejadian misteri yang berlaku pada dua era iaitu zaman lampau dan masa kini. Pada lewat 1940-an primadona gamelan, Meriam tersepit di antara cinta dua lelaki, Marsani dan Danial. Meriam akhirnya memilih Danial lalu menyebabkan Marsani cemburu. Meriam kemudiannya dijumpai mati ketika hamil anak sulungnya. Sejak itu, kampung terbabit tidak lagi aman apabila berlaku pelbagai kejadian menakutkan. Marsani hidup dalam ketakutan dan selalu dibayangi mimpi ngeri Meriam yang dianggap menjadi pontianak. Lebih 50 tahun berlalu, Marsani terus menghabiskan sisa-sisa hidupnya itu tetapi masih terkenangkan Meriam. Sesuatu yang aneh terjadi apabila muncul seorang gadis, Maria yang wajahnya persis Meriam. Secara kebetulan, Maria adalah kawan baik cucu Marsani, Norman dan isterinya, Anna. Sekali lagi beberapa peristiwa aneh berlaku dan kali ini Maria pula dituduh menjadi pontianak oleh Marsani. Soalnya, siapakah sebenarnya Maria dan apakah hubungannya dengan Meriam?


Pelakon


  1. Maya Karin (Meriam & Maria)
  2. Azri Iskandar (Marsani)
  3. Rosyam Nor (Asmadi)
  4. Eizlan Yusof (Norman)
  5. Kavita Sidhu (Anna)
  6. Sahronizam (Danial)
  7. Nanu Baharuddin (Laila)
  8. Ida Nerina (Sitam)
  9. Sharifah Aleya
  10. Haiza
  11. Yusmal
  12. Adam Hamid
  13. Nadia Mustafa
  14. Aziz Satar
  15. Shah Reza
  16. Azwan Ali
  17. Sofia Ibrahim
  18. Wahid Satay
  19. Aimi Jarr
  20. Adam Corrie

Pengarah


Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Hantu Bonceng


Hantu Bonceng
HantuBoncengposter.jpg
Pengarah Ahmad Idham
Penerbit Ahmad Idham
Pengarang Ahmad Idham
Lakonan Zizan Razak
Juliana Evans
Jue Aziz
Pengedar Excellent Pictures
Negara  Malaysia
Bahasa Malaysia
Perbelanjaan RM 1.51 juta[1]
Pulangan kasar RM 8.53 juta[1]
Laman web rasmi
Hantu Bonceng merupakan sebuah filem genre aksi Komedi yang ditayangkan pada 31 Ogos 2011 di Malaysia. Filem yang diarah, ditulis dan diterbitkan oleh Ahmad Idham di syarikat Excellent Pictures, dibintangi oleh Zizan Raja Lawak, Juliana Evans, Jue Aziz dan Taiyuddin Bakar ini menceritakan tentang Amran, seorang budak Delivery yang gemar berlumba motor drag secara haram.
Filem yang menelan belanja RM 1.51 juta ini mula-mula ditayangkan di 80 buah pawagam di Malaysia, Singapura dan Brunei. Sepanjang tempoh tayangannya di pawagam, ia menerima sambutan yang amat hangat.

Sinopsis

Cerita mengisahkan Amran seorang budak Delivery yang gemar berlumba secara haram motor Drag. Satu hari selepas memenagi satu perlumbaan, Amran telah di hadiahkan seorang Bohsia bernama Maya sebagai habuan perlumbaan. Malang tidak berbau, di ketika Amran hendak membawa bohsia yang memboncengnya itu keluar dari port, mereka telah kemalangan dan Bohsia tersebut mati ditempat kejadian.
Sejak kejadian itu Amran sering diganggu dengan hantu Maya yang meminta Amran sempurnakan mayatnya. Amran cuba mendapat bantuan kawan karib nya Kunyit untuk membantunya menjejak keluarga Maya yang sehingga kini masih menjadi misteri setelah Halimaton kekasih Amran seorang jururawat enggan membantu Amran sebab marahkan atas kecurangan Amran terhadapnya.
Berbagai cara Amran lakukan untuk menyelesaikan gangguan daripada Maya itu. Dari berjumpa bomoh hinggalah ke seorang ustaz. Tanpa Amran sedari dia mula berubah menjadi seorang yang lebih baik dan mula menginsafi atas kelakuan buruknya sebelum ini. Halimaton mula menerima semula Amran setelah melihat perubahan positif padanya. Tapi tanpa diduga Ayu muncul dalam hidup Amran.

Pelakon


 Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Cun!


Cun!
Cun.jpg
Pengarah Osman Ali
Penerbit Gayatri Su Lin
Pengarang Osman Ali
Lakonan Remy Ishak Maya Karin Faezah Elai Kartina Aziz Mislina Mustaffa Nadiya Nissa
Mula ditayang 31 Mac 2011
Tempoh ditayang 105 minit
Negara  Malaysia
Bahasa Bahasa Melayu
Perbelanjaan RM 1 juta[1]
Pulangan kasar RM 1.10 juta
Cun! merupakan sebuah filem genre cinta, keluarga dan komedi yang diterbitkan pada 31 Mac 2011 di Malaysia.



Pengarah



Ringkasan

Mengisahkan seorang pengacara TV terkenal (Maya Karin) yang membawa diri ke sebuah desa terpencil di Kedah setelah mendapati tunangannya, seorang bintang filem terkenal (Jehan Miskin), bermain kayu tiga dengan seorang pelakon baru (Marsha Londoh). Di desa tersebut, beliau jatuh hati dengan kehidupan desa yang damai disamping tertarik dengan pemuda desa (Remy Ishak). Pelbagai kisah lucu dan menarik dirakam dalam tempoh tersebut sebelum beliau dijejaki semula oleh penerbitnya (Ning Baizura) dan kembali membawanya ke Kuala Lumpur.

Pelakon

Remy Ishak, Maya Karin, Faezah Elai, Nadiya Nisaa, Mislina Mustaffa, Kartina Aziz, Jehan Miskin, Marsha M

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Friday, 24 October 2014

Mantra



Mantra(filem).jpg
Pengarah Azhari Mohd Zaini
Penerbit David Teo
Lakonan Zul Handy Black Mas Muharni Hasnul Rahmat
Negara  Malaysia
Bahasa Bahasa Malaysia
Mantra ialah sebuah filem drama, seram, aksi arahan Azhari Mohd Zain yang telah ditayangkan di pawagam Malaysia mulai 15 Julai 2010.[1] Filem yang dibintangi Zul Handy Black, Mas Muharni dan Hasnul Rahmat ini menunjukkan kelemahan iman dalam hati menjerimuskan insan ke lembah kedurjanaan.

Isi kandungan

  • 1 Plot
  • 2 Barisan pelakon
  • 3 Rujukan
  • 4 Pautan luar

Plot

Filem seram ini mengangkat kisah penggunaan ilmu hitam kerana dendam dan kepentingan diri sendiri. Kisah bermula dengan pembukaan cerita di kawasan perkuburan di mana Muzir dianiaya oleh Hasbi demi melengkapkan ilmu hitam serta mendapatkan isteri Muzir. Akibatnya Muzir dipenjarakan seumur hidup.
Di dalam penjara, Muzir berjaya mendapatkan ilmu hitam daripada Embah yang bakal menemui ajalnya. Namun, ilmu Muzir tidak sempurna kerana bilik penjaranya dikunci dengan ayat-ayat serta kalimah Allah. Lalu muncullah Pak Long, seorang warden penjara dan juga Pakcik kepada Muzir yang isterinya ditimpa musibah. Akibat cintakan isteri dan terdesak, Hafif telah bersetuju dengan syarat-syarat Muzir iaitu memadam ayat dan kalimah Allah di sekitar bilik penjara Muzir, menghidangkan tiga jenis hidangan untuk penjaga ilmu hitam dan mengambil tali pengikat pocong wanita yang mati kerana anak sulung menggunakan gigi.
Setelah ayat dan kalimah Allah berjaya dipadam oleh Pak Long, maka berlakulah perubahan ilmu Muzir dengan air yang melimpah di dalam bilik penjara serta bayangan makhluk hitam yang memenuhi dinding penjara. Serentak dengan itu, Muzir muncul di dalam sebuah paya lalu melakukan pembunuhan sebagai makanan kepada ilmu hitam miliknya. Maka bermulalah pembalasan dendam kesumat Muzir terhadap Hasbi.

Barisan pelakon



Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Congkak


.


PosterCongkak.jpg
Pengarah Ahmad Idham
Pengarang Pierre Andre (Cerita Asal), Ahmad Idham (Lakon layar)
Lakonan Nanu Baharuddin Riezman Khuzaimi M.Rajoli Erin Malek Erynne Erynna Ruminah Sidek
Pengedar Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
Mula ditayang Malaysia 17 April 2008
Tempoh ditayang 86 minit
Negara Malaysia
Bahasa Bahasa Malaysia
Congkak ialah filem Malaysia tahun 2008 arahan Ahmad Idham.

Pelakon



Sambutan

FIlem ini dikeluarkan pada 17 April 2008 dan mendapat kutipan sebanyak RM 3.802 juta.

 Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas


Susuk (filem)




Susuk.jpg
Pengarah Amir Muhammad Naeim Ghalili
Penerbit Ahmad Puad Onah Rosihan Zain Naiem Ghalili
Pengarang Rajesh Nair
Lakonan Ida Nerina Adlin Aman Ramlie Diana Rafar Sofea Jane Hairie Othman
Noorkhiriah
Muzik Hardesh Singh
Sinematografi Daven R
Pengedar Grand Brilliance Sdn. Bhd. Monsoon Pictures Sdn. Bhd.
Mula ditayang Itali 27 Jun 2008 Malaysia 7 Ogos 2008
Tempoh ditayang 110 minit
Negara  Malaysia
Bahasa Bahasa Melayu
Laman web rasmi
Rujukan IMDb
Rujukan Sinema Malaysia
Susuk merupakan filem seram yang dikeluarkan 7 Ogos 2008 di Malaysia. Filem ini diarahkan oleh Amir Muhammad and pengarah berbangsa Iran-Amerika Naeim Ghalili. Cerita ini berkenaan Soraya yang menggunakan amalan terlarang susuk untuk menjadi terkenal.
Pengambaran Susuk dibuat di Lembah Kelang dan Batu Gajah, Perak, selama tiga bulan dalam tahun 2006. Filem Susuk menelan belanja RM1.8 juta dan dilaporkan sudah meraih RM1.2 juta dalam masa lima hari ia ditayangkan di panggung wayang[1].

Isi kandungan

  • 1 Sinopsis
  • 2 Pelakon
    • 2.1 Tampilan lain
  • 3 Anugerah
  • 4 Pautan luar
  • 5 Nota kaki

Sinopsis

Setiap yang gemilang pasti ada harganya. Soraya ialah seorang pelatih jururawat yang mula resah dengan kehidupannya yang rutin. Dia ingin mengejar cita-citanya untuk menjadi bintang. Usahanya menghadapi jalan buntu, hingga dia diperkenalkan kepada amalan susuk yang mungkin dapat meningkatkan serinya. Dia harus membuat keputusan sama ada terus begini atau melintasi garisan ke alam lain. Sementara itu Suzana ialah seorang diva yang penuh misteri. Dia telah lama mengamalkan ilmu hitam akibat penggunaan susuk keramat yang amat merbahaya. Setiap kali Suzana melanggar pantang, korban manusia diperlukan. Kita ikuti hidup cemas kedua-dua wanita ini hingga tersingkap rahsia sebenar amalan terlarang itu.

Pelakon



Tampilan lain

Jaclyn Victor, Waheeda, Yasmin Ahmad, David Teo, Sharifah Aleya, Susan Lankaster, Sofi Jikan, Tony Eusoff, Ramona Rahman.
Babak membabitkan Jaclyn Victor, Waheeda, David Teo, dan Sharifah Aleya bagaimanapun telah dipotong dalam proses penyuntingan filem.[2]

Anugerah



 Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.






Jangan Tegur

Jangan Tegur
Jangan Tegur(poster).jpg
Poster Filem Jangan Tegur
Pengarah Pierre Andre
Penerbit Dr.Mahadi J Murat
Lakonan Julia Ziegler
Nadia Mustafar
Pierre Andre
Ellie Suriati
Azri Iskandar
Almy Nadia
Rozita Che Wan
Muzik Brian Ng
Sinematografi Indra Che Muda
Negara  Malaysia
Bahasa Bahasa Malaysia


Jangan Tegur ialah sebuah filem seram arahan Pierre Andre yang ditayangkan di pawagam Malaysia pada 9 April 2009. Filem yang dibintangi oleh Julia Ziegler, Nadia Mustafadan Pierre Andreini merupakan filem seram pertama arahan Pierre Andre yang merangkap sebagai penulis skrip filem ini.[1]

Plot

Jangan tegur mengisahkan Natasya (Julia Ziegler) yang telah terlibat dengan kemalangan jalan raya dan koma selama beberapa minggu. Sewaktu di dalam koma, Natasya telah bermimpi tentang seorang gadis bernama Baizura (Nadia Mustafar) yang disyaki telah hilang 2 tahun secara misteri tanpa khabar berita. Natasya sering diganggu dengan mimpi-mimpi aneh yang menceritakan akan kesengsaraan Baizura yang telah dibomoh dan sering didatangi makhluk-makhluk halus. Tersedar dari koma, Natasya mula mengalami perkara yang sama seperti yang telah dialami oleh Baizura. Daya penglihatannya tidak membataskan dia melihat makhluk-makhluk halus itu. Ini menambahkan kerunsingan suami Natasya iaitu Kamal. Kamal (Pierre Andre) pula adalah seorang yang tidak mempercayai benda-benda khurafat ini sehinggalah dia melihatnya sendiri. Melalui mimpi-mimpi yang dialami, Natasya mula menyiasat apakah yang telah berlaku kepada Baizura. Siasatan yang dilakukan telah menyebabkan dia sering diganggu oleh makhluk-makhluk yang menganggu Baizura seperti dalam mimpinya. Kamal mencuba pelbagai cara termasuk meminta bantuan Ustaz untuk mengubati dan memulihkan semangat Natasya. Natasya pula tanpa pengetahuan Kamal telah pergi menyiasat punca kematian Baizura dan kenapa Baizura selalu muncul dalam mimpinya. Penyiasatan Baizura berjaya merungkai punca kematian Baizura tetapi membawa dirinya ke dalam satu lagi masalah yang lebih besar apabila dia sendiri dirasuk. Apakah Natasya mampu mengatasinya dan apakah punca kematian Baizura? Nantikan jawapannya 9 April ini dalam JanganTegur..

 Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Suatu Malam Kubur Berasap



Release Date: 12 Jun 2014
Language:Malay
Subtitle: English
Genre:Horror
Running Time: 103 minutes
Director:Ernie Chen
Cast:Ajak Shiro, Shahrol Shiro, Azad Jazmin, Rahim R2
Distributor:GSC Movies
Synopsis:
Amir and Nayan are reality TV stars who are offered to act in a horror film. However they find that they are only capable to act in comedy films as they do not believe in ghosts. However, the duo then head back to their hometown to gain some spine-chilling experiences from Tok Mat, a medicine man who has a daughter named Julia.



Kecoh Hantu Raya Tok Chai






Kecoh Hantu Raya Tok Chai (2013)




Sinopsis Kecoh Hantu Raya Tok Chai (2013):



Di sebuah kampung kecil, tinggal Tok Chai yang merendah diri dan membela seekor Hantu Raya. Hantu Raya tersebut memberi Tok Chai hidup yang senang tetapi semua benda yang baik harus berakhir. Di "Kecoh! Hantu Raya Tok Chai", cerita bermula apabila Tok Chai meninggal dunia, yang merisaukan Hantu Raya tersebut kerana pengebumian Tok Chai bererti pengakhirannya. Oleh itu, Hantu Raya cuba menghentikan penduduk kampung dari mengebumikan Tok Chai. Dengan kebijaksanaan Tok Imam dan usaha Ebby, Korporal Lisa, Tok Penghulu, Sarjan dan pengikut mereka, mereka bertekad untuk mengebumikan Tok Chai sebelum fajar menyingsing. 

Berjayakah Hantu Raya menghentikan pengebumian Tok Chai? 

Siapa akan menjadi mangsa korban untuk menenangkan Hantu Raya? 

Dan soalan yang penting sekali, siapa yang akan menjaga Hantu Raya apabila semua benda berakhir?



Hantu Air




Release Date: 06 Sep 2012
Language:Malay
Subtitle: -
Genre:Comedy / Horror
Running Time: 96 minutes
Director:Murali Abdullah
Cast:Saiful Apek, Hairi Safwan, Nisha Dir
Distributor:GSC Movies
Synopsis:
A bottle with an evil spirit trapped inside accidentally dropped into a lake at a resort. Few years later, Mawar overtakes the resort and there are mysterious things happen. Fauzi who just lost his wife and daughter in a fatal accident comes to this resort for holiday. Mawar tries to help him getting rid of his depression. However, the invasion of Hantu Air troubles the resort customers continuously.

Watch Movie
http://youtu.be/zx8KonFZzKI

Aku Masih Dara

Barisan Pelakon Aku Masih Dara :
Raja Farah
Farid Kamil
Dian P. Ramlee
Rahim Jailani
Riezman Khuzaimi
Kuna

Pengarah : Ahmad Idham
Syarikat Penerbit : Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Melayu
kategori : Filem Cereka
Klasifikasi : U - Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 16 Disember 2010

 

Sinopsis Aku Masih Dara

Aleesya, Sofea dan Hani merupakan tiga rakan rapat yang mempunyai latarbelakang keluarga yang berbeza. Masing-masing juga mempunyai pandangan berbeza tentang Islam, berdasarkan cara mereka dibesarkan oleh ibubapa masing-masing. Aleesya mempunyai didikan agama yang asas – boleh mengaji dan tahu sembahyang.

Namun, membesar dalam persekitaran yang serba moden dan sosial menyebabkan beliau leka pada tuntutan agama. Sofea pula dibesarkan tanpa didikan agama, Sofea dibesarkan dalam suasana serba kebaratan, Sofea tidak tahu solat dan tak tahu mengaji. Hidupnya penuh dosa dan noda sehingga
dia kurang tenang walaupun mempunyai segalagalanya. Hani pula membesar dalam keluarga yang susah. Beliau kurang didikan agama lantaran ibubapa yang terlalu sibuk mencari sesuap nasi untuk mereka sekeluarga. Hani senantiasa menyalahkan ibubapanya dan adakala salahkan Tuhan kerana tidak mengubah nasib beliau sekeluarga. Untuk hidup senang, beliau mengambil jalan mudah, menjadi pengedar dadah secara kecil-kecilan dan menjerumus dalam hidup penuh noda, dunia yang mana semuanya ‘halal’. Saksikan sendiri adengan seterusnya....