Tuesday, 9 December 2014

SUGEH

Telefilem SUGEH

TELEFILEM SUGEH
Eeman Corporation Sdn. Bhd. (Eeman) merupakan sebuah produksi pertama yang menerbitkan sebuah telefilem Jawa di negara ini. Sebelum ini tiada satu pun produksi yang menerbitkan sebuah telefilem yang menggunakan bahasa Jawa sepenuhnya bagi menggambarkan kehidupan masyarakat Jawa di Malaysia.
Telefilem SUGEH yang bermaksud Kaya memberikan gambaran kehidupan seharian masyarakat Jawa yang terkenal dengan sikap rajin sehingga mampu mencapai kejayaan dan kekayaan, sikap bermasyarakat dan saling bantu membantu.
Keunikan masyarakat Jawa diketengahkan dalam telefilem ini yang dan yang paling ketara ialah walaupun berlaku pertengkaran, salah faham dan sifat tamak, kedekut, namun akhirnya mereka tetap bersatu dan cepat menyedari kesilapan dan kekhilafan mereka selain sentiasa menitikberatkan soal agama.
Telefilem ini merupakan satu naskah untuk masyarakat Jawa di negara ini yang dipercayai berjumlah lebih 7 juta orang yang kebanyakannya tertumpu di negeri Selangor, Johor dan Selatan Perak.
Telefilem SUGEH
Walaupun pada asalnya telefilem ini diproduksikan untuk tontonan umum menerusi stesyen TV, namun bagi memberi peluang kepada masyarakat Jawa di negara ini memiliki naskah ini, maka pihak Eeman telah mengubah destinasi telefilem ini kepada tayangan secara terus kepada orang ramai dengan menggunakan konsep ‘wayang pacak’.
Konsep ‘wayang pacak’ ini sangat popular pada satu masa dulu bilamana skrin dipacak ditengah tengah padang dan menjemput masyarakat sekeliling menonton dengan dikenakan bayaran. SUGEH akan menjelajah ke kawasan kawasan penempatan majoriti masyarakat Jawa di Malaysia dengan membuat tayangan secara umum seperti itu dengan sedikit perubahan dimana wayang pacak ini akan ditayangkan di dewan dewan orang ramai. Selain datang untuk menonton, penonton juga boleh memiliki naskah ini dengan membeli telefilem ini dalam bentuk DVD untuk tontonan seisi keluarga di rumah dan sebagai simpanan.
Tayangan telefilem SUGEH ini akan dimulakan pada bulan September 2012 iaitu semasa musim hari raya dengan permulaan sebuah tayangan amal perdana untuk mengutip dana bagi persatuan-persatuan anak anak jawa di negara ini. Produksi SUGEH akan bekerjasama dengan persatuan Anak Jawa Selangor, Anak Jawa Malaysia, Anak Jawa Perak dan Anak Jawa Johor bagi menjayakan tayangan amal perdana ini dan tayangan berkonsepkan wayang pacak di negeri negeri yang disebutkan tadi.
Telefilem SUGEH
SUGEH juga sedia bekerjasama dengan mana mana pihak yang ingin menayangkan cerita ini kepada masyarakat setempat disamping mengumpulkan masyarakat Jawa di kawasan masing masing dengan konsep mengenakan bayaran tiket samada secara persendirian mahupun secara pukal.
SUGEH juga menampilkan para pelakon tempatan yang selama ini tidak diketahui bahawa mereka sebenarnya boleh bertutur dalam bahasa Jawa dengan baik mahupun memangnya anak jawa. Antara barisan pelakon SUGEH ialah Dato’ Jamali Shadat, Ruminah Sidek, DJ Pool, Herman Tino, Betty Banafe, Sue Sidek, Rahmat Mega, Ali Terra Rossa, Amm Raja Lawak, Ebby Yus, Omar Scorr, Mejar Zainal dan seorang pelakon undangan dari Russia, Victoria Khan. Sugeh menampilkan Thorpe Ali sebagai pengarah.


Sumber


Tonton Disini SUGEH


No comments:

Post a Comment