LYMA datang lagi. Drama bersiri popular Love You Mr. Arrogant akan kembali menceriakan peminat apabila bakal hadir dengan telemovie baru berjudul Love You Mr. Arrogant Raya akan disiarkan di TV3 pada perayaan Hari Raya Aidilfitri kelak. Pasangan popular Zara Zya dan Azlee Khairi sekali lagi bergandingan dibawah arahan Eoon Shuhaini. Nantikan telemovie ini bersiaran pada 27 Julai 2014 jam 9.00 malam di TV3.
JUDUL : Love You Mr Arrogant Istimewa Raya
TARIKH : 27 Julai 2014
SIARAN : Ahad, 9.00 malam di TV3
PENGARAH : Eoon Shuhaini
TERBITAN : Primeworks Studios
PELAKON : Azlee Khairi, Zara Zya, Fadilah Mansor, Idris Md Diah, Norish Karman, Aliesha Kirana, Mustafa Kamal, Azizul Azman
SINOPSIS LOVE YOU MR. ARROGANT RAYA
Kebahagiaan rumah tangga Zara dan Irham bersama anak sulung mereka, Nazriel Iman yang baru berusia setahun kembali teruji. Kecomelan pasangan Zara dan Irham makin terserlah bila Irham asyik merajuk dan mereka sering berbalah berkenaan bermacam perkara. Konflik mula melanda hidup Zara dan Irham apabila Zara membuat keputusan untuk berkerja di pejabat lamanya. Irham dan Farizah (isteri Hardy) mula menerima gambar-gambar yang menunjukkan kecurangan antara Zara dan Hardy. Sherry yang dulunya jahat juga muncul semula.
GAMBAR PELAKON
No comments:
Post a Comment