Tuesday, 28 October 2014

Surat Di Bawah Pintu


Surat Di Bawah Pintu, TV9 (2014)

Sinopsis.
Sepucuk surat pengubat hati yang duka. Pendamping sebuah bahagia satu keluarga. Pengukir senyum tawa dan pengutus kemesraan daripada seorang bapa. Namum apabila sepucuk surat sudah tidak bermakna, adakah kenangan bahagia pergi bersama.



Surat Di Bawah Pintu, TV9 (2014) by DramaMelayu

Kekasih.Awak.Dan.Akhir



KEKASIH AWAL & AKHIR
SINOPSIS KEKASIH AWAL DAN AKHIR
9 November 2011, 8.30 malam
Lakonan: Aaron Aziz, Fauziah Ghous, Siti Saleha



Sebuah telemovie yang diterbikan oleh syarikat milik pelakon Aaron Aziz iaitu Aaron Aziz Productions dan telemovie Kekasih Awal & Akhir menjadi telemovie pertama yang diterbitkan oleh beliau. Masih mengekalkan chemistry bersama pasangannya dalam Nora Elena iaitu Siti Saleha, dan Budiey rasa ramai peminat Aaron Aziz dan Siti Saleha tak sabar untuk menonton telemovie ini.

Nama Aaron Aziz semakin melonjak dipesada seni dan diminati ramai. Dan buat pertama kalinya, beliau telah mengarahkan telefilem khas buat Media Prima dan ianya juga merupakan arahan pertamanya di Malaysia menerusi Aaron Aziz Productions Sdn Bhd. ‘Kekasih Awal dan Akhir’ ini menceritakan tentang Awal, lakonan Aaron Aziz, merupakan seorang pelajar Universiti dan mempunyai perwatakan yang kacak serta bergaya. Perwatakannya itu membuatkan ramai gadis terpikat dengan dirinya. Di Universiti, Awal mempunyai seorang sahabat karib iaitu Julia (Fauziah Gous). Keakraban mereka membuatkan Julia menaruh hati terhadap Awal. Namun, Awal tidak pernah menganggap Julia lebih daripada sahabat.

Kedua mereka begitu aktif dan masing-masing telah mengambil bahagian menjadi sukarelawan untuk satu kempen. Di situ, Awal berkenalan dengan Akhirah, yang dilakonkan oleh Siti Saleha. Apabila Julia mendapat tahu, dia terus meluahkan perasaan terhadap Awal, namun cintanya ditolak. Julia kecewa dan membawa diri. Awal mendekatkan diri dengan Akhirah dan sayangnya terhadap Akhirah bertambah apabila mendapat tahu Akhirah tiada ibu dan bapa. Awal nekad mengahwini Akhirah dan akhirnya setelah tiga tahun berlalu, Akhirah mengandung.



 

Bak kata pepatah, sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Akhirah terlibat dalam kemalangan jalanraya dan Akhirah sudah tidak seperti dahulu lagi.

KREDIT TO BUDIEY BLOG






Cinta V-log




Sinopsis:Cinta V-log mengisahkan kisah cinta remaja antara Shezz (Alif Aziz) dan Madiha (Wawa Zainal) yang berputik di laman Internet. Shezz dikenali kerana vlognya dipenuhi elemen lawak, persembahan muzik dan nyanyiannya. Manakala Madiha pula menggunakan vlog sebagai medium untuk mengajak rakan perempuan untuk sama-sama memperbaiki diri menjadi Muslimah yang baik. Namun, keikhlasannya disalah erti, lebih-lebih lagi Shezz yang menuduh Madihah menggunakan nama dakwah dan Islam untuk mengejar populariti. Berlaku perdebatan hangat antara dua vlogger itu lalu satu pertemuan diatur untuk menjelaskan perbezaan pendapat di antara mereka. Selepas pertemuan itu, Shezz jatuh cinta pada Madiha lalu menggunakan vlog miliknya untuk memikat Madiha. Madiha yang malu dengan perbuatan Shezz menutup akaun vlognya. Shezz menyesal pernah memandang rendah pada Madiha kerana setelah kejadian itu, dia melihat semua rakaman video Madiha dan mula menjejaki Madiha untuk memperbaiki hubungan mereka.


Pelakon Cinta V-log: Aliff Aziz, Wawa Zainal, Anne Ngasri dan Zahiril Adzim....

Pada 6 JUN yang lepas, 7 jun tu my burfdayy....hahaha....TV9 telah menyiarkan telemovie yang bertajuk Cinta Vlog. Ramai blogger blogger yang excited nak tengok telemovie Cinta Vlog nih lebih lebih lagi apabila Maria Elena bakal muncul dalam telemovie tersebut. tapi sayang!! Scene Maria Elena terlampau singkat..tak puas tengok.hehe.
KELASS KAU MARIA...
Maria Elena yang Awesome! *ini gambar bukan video! jgn tekan button play hokehh!LOL
Selain dari kemunculan Maria Elena, aku suke dengar lagu yang dimainkan dalam telemovie nih.tajuk lagu tuh  "Cinta Ya Cinta" nyanyian Aliff Aziz..kat bawah nih video yang aku amek dari youtube and aku tempekkan sekali dengan lirik untuk lagu Cinta Ya Cinta.. korang nyanyilah sampai anak tekak berdenyut!

Sumber


Vaanakam Cikgu


Fezrul Khan, Azlee Khairi, Joseph Abraham, Kazar, Malar Meni.
Vaanakam Cikgu, Telemovie Deepavali TV3 - 22/10/2014

Telemovie Vaanakam Cikgu yang turut disiarkan pada 22 Oktober, pukul 2 petang mengisahkan tentang juruterbang Tentera Udara Malaysia (TUDM) yang terkenang kisah silam.

Sewakti zaman persekolahannya Mejar Murhty sering dipukul oleh ayahnya yang mabuk, namun dengan bimbingan cikgu Kamal Hassan dia berjaya mengejar cita-cita sebagai juruterbang.

Bagaimanapun hubungan dengan cikgu Kamal terputus selepas dia taman persekolahan, dia berazam untuk mencari semula dan membalas jasa lelaki itu.

Drama ini dibarisi pelakon Fezrul Khan, Azlee Khairi, Joseph Abraham, Kazar, Malar Meni.


Vaanakam Cikgu, Telemovie Deepavali TV3 - 22/10... by DramaMelayu

Mr Istikharah





Saksikan telemovie khas sempena sambutan Maal Hijrah berjudul 'Mr Istikharah di slot Cerekarama TV3, menampilkan pelakon sepert Amar Asyraf, Cristina Suzanne, Amyra Rosli, Ashraf Muslim dan Fikhree Bakar. Telefilem ini bersiaran pada hari Sabtu, pukul 9.00 malam di TV3.

JUDUL : Mr Istikharah
TARIKH : 25 Oktober 2014 (Sabtu, 9.00mlm)
SIARAN : Cerekarama TV3
PENGARAH : Shahrul Ezad
TERBITAN : Al Hidayah Production
PELAKON : Amyra Rosli, Amar Asyraf, Cristina Suzanne, Ashraf Muslim, Fikhree Bakar.

SINOPSIS MR ISTIKHARAH
Mengisahkan mengenai seorang ustaz (Amar Asyraf) yang menjadi idaman kepada gadis terutamanya rakan karib, Mastura (Cristina Suzanne) dan Aisyah (Amyra Rosli). Pelbagai cara yang dilakukan oleh mereka berdua untuk menarik perhatian ustaz itu.


Mr Istikharah, Cerekarama TV3 - 25/10/2014 by DramaMelayu