Thursday, 6 November 2014

Lambaian Kerinduan

 
Mak Siti mempunyai seorang anak lelaki tunggal bernama Muaz, Mak siti menaruh harapan yang tinggi terhadap Muaz. Tetapi setelah tamat pengajian, Muaz telah bertemu jodoh dengan gadis kaya iaitu Dayana, anak kepada Dato’ Fuad. Mak Siti risau jika Muaz dikawal oleh Dayana memandangkan Dayana anak orang kaya.

Kerana akur dengan kehendak ibunya, Muaz terpaksa berbohong mengenai pekerjaannya untuk menjaga hati ibunya itu setelah Mak Siti melarang Muaz untuk menerima tawaran kerja di syarikat milik Dato’ Fuad. Mak Siti pula telah lama menyimpan hasrat untuk mengerjakan haji dan menyatakan hasratnya kepada Muaz kerana dia merasakan Muaz mampu untuk menunaikan permintaanya.

Tanpa pengetahuan Mak Siti, menantu yang selama ini dikhuatiri mengganggu kasih sayang antara dia dan Muaz dengan ikhlas mahu menanggung segala perbelanjaan termasuk mengorbankan seekorlembu di Tanah suci itu nanti.

Erti pengorbanan dapat dihayati bersama dalam telefilem Lambaian Kerinduan yang membariskan pelakon Wawa Zainal, Aeril Zafrel, Khaty Azean, Mahmud Ali Bashah, Kuna dan Kazim Nor untuk dihayati bersama Aidiladha ini.


Lambaian Kerinduan, Skrin Di9, 06/10/2014 by DramaMelayu

No comments:

Post a Comment