Thursday 6 November 2014

Suamiku Encik Sotong



Suamiku Encik Sotong

Drama adaptasi novel terbaru karya Syikin Zainal berjudul Suamiku Encik Sotong akan ditayangkan di kaca TV. Drama arahan Eoon Shuhaini ini mengandingkan pasangan Sharnaaz Ahmad dan Amyra Rosli sebagai pelakon utama. Saksikan drama ini bersiaran mulai 27 Oktober 2014, pada setiap hari Isnin jam 10.00 malam tayangan serentak di Astro Ria (104) dan Astro Maya HD (135).

JUDUL : SUAMIKU ENCIK SOTONG
GENRE : Romantik-Komedi
EPISOD : 13
TARIKH : 27 Oktober 2014 (Setiap Isnin - 10.00malam)
SIARAN : Astro Ria & Maya HD
PENGARAH : Eoon Shuhaini
PENULIS NOVEL : Syikin Zainal
TERBITAN : Global Station
PELAKON : Sharnaaz Ahmad, Amyra Rosli, Amar Baharin, Hanis Zalikha, Erry Putra, Roy Azman, Lydiawati, Syatila Melvin, Zaidi Omar, Rosnah Johari

WATAK PELAKON
Sharnaaz Ahmad sebagai Farish
Amyra Rosli sebagai Erica Soffea
Amar Baharin sebagai Tengku Izhan
Hanis Zalikha sebagai Dhia

SINOPSIS DRAMA SUAMIKU ENCIK SOTONG

Mengisahkan hubungan Farish (Sharnaaz Ahmad) dan Erica (Amyra Rosli) yang punyai personaliti berbeza dan sering bertengkar ekoran paksaan keluarga untuk mereka berkahwin selama 3 tahun agar dapat mewarisi harta peninggalan arwah neneknya. Sepanjang perkahwinan, mereka tidak pernah menjalankan tanggungjawab sebagai suami isteri, malah Erica telah jatuh cinta kepada sepupunya, Izhan (lakonan Amar Baharin), manakala Farish terlah jatuh cinta dengan rakan kolejnya, Dhia (Hanis Zalikha). Plot perjalanan drama yang punyai unsur komedi, mesej yang ringan dan cermat ini diteruskan dengan babak penantian mereka agar kontrak perkahwinan tersebut dapat dihabiskan. 


Tonton

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod  9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13












Suami Ku Encik Sotong Ep 1 by kakikumovie

No comments:

Post a Comment