Thursday, 6 November 2014

Emily



SINOPSIS:
Mengisahkan Uria yang menerima wasiat teman baiknya lakonan Jehan miskin agar menjaga adiknya Emily yang baru berumur 18 tahun sekiranya beliau tiada lagi di dunia, dengan mengambilnya sebagai isteri.
Emily dan Uria bernikah tanpa rasa cinta dan berjanji untuk bercerai selepas 6 bulan berkahwin. Sementelah Emily sanggup mengahwini Uria kerana tidak mahu tinggal dengan pakciknya.
Emily mengenakan pelbagai syarat sepanjang pernikahan mereka termasuk tidur berasingan, Uria perlu membuat kerja rumah dan berjanji menceraikannya selepas 6 bulan. Emily pula meneruskan kehidupannya sebagai remaja yang suka main muzik dan sebagainya.
Pelbagai situasi berlaku dalam rumahtangga yang tak macam rumahtangga tu. Akhinya sekian lama ia membawa kepada bibit cemburu di hati Emily tetapi tidak mahu mengakuinya, begitu juga dengan Uria yang jatuh hati dengan Emily. tapi keduanya tidak mengaku bahawa masing2 dah ada perasaan, walhal ia dah disedari oleh makcik Uria, Ruby lakonan Natasha Hudson.
Akhirnya masa 6 bulan berlalu. Emily berubah dari seorang remaja yang kurang ajar menjadi lebih bersopan dan menunaikan solat jemaah dengan Uria. Mereka menjalani makan malam terakhir sebelum Emily meninggalkan rumah dan memutuskan untuk putuskan hubungan mereka……
Esok pagi ada tercegat depan rumah dan balik semula so happy ending.

No comments:

Post a Comment