Monday, 3 November 2014

Serindu Taj Mahal



Kisah cinta tiga segi antara Adam,Aishah dan Shahrizal. Aishah dalam dilema samada menerima lamaran anak majikannya Adam atau lelaki pertama yang berjaya mencuri hatinya-Shahrizal.Di hari perkahwinannya dengan Adam(S.Jazle)Aishah telah melarikan diri.Namun,Adam redha jodoh Aishah dengan Shahrizal(Adi).Mereka berkahwin.Namun,takdir mengubah segalanya. Shah meninggal dunia dan Aishah keguguran.Aishah masih belum menerima kenyataan dan masih menganggap Shah dan anaknya masih hidup.



Serindu Taj Mahal 2013



More Videos & Games at BroSwag

Tongkah Arus Dosa



Tongkah Arus Dosa - Drama Melayu FullMengisahkan tentang seorang Ustaz muda, Faris yang disegani kerana keiklasannya membantu penduduk kampung. Faris memangdang tinggi Tok Amin mengendalikan Rumah Qaseh, Sebuah rumah kebajikan untuk anak yatim.

Tongkah Arus Dosa - Drama Melayu Full



More Videos & Games at BroSwag

Sejernih Embun

Sejernih Embun



Sinopsis Sejernih Embun
Razman terlibat dalam gangterism sejak remaja. Dia tidak pernah mengenali keluarganya mengakibatkan kehidupannya terumbang-ambing. Razman kemudiannya jatuh cinta pada Jaclyn, orang kepercayaan bos besar. Namun, Jaclyn meletakkan syarat RM 1 juta jika inginkan cintanya dan wang tersebut harus diperolehinya dalam masa seminggu.

Disebabkan terdesak, Razman kembali menjejaki Raymond yang pernah melarikan wangnya berjumlah hampir RM 200 ribu. Razman ke Jitra, kampung halaman Raymond. Puas dicari namun Raymond tidak ditemui. Ketika Razman hampir berputus asa, dia terkejut apabila mendapati suami Salmiah, Syukor ialah Raymond yang telah memeluk agama Islam. Malah, Syukor juga mengatakan bahawa duit tersebut telah didermakan. Razman telah menculik Salmiah untuk memaksa Syukor menyerahkan duit tersebut atapun Salmiah akan dibunuh.

Sepanjang dikurung oleh Razman, Salmiah berterusan bersolat dan mengaji. Razman agak terganggu dengan bacaan Al-Quran tersebut namun akhirnya tertidur dan bermimpi dia berada dalam api panas. Apabila tersedar, Razman meminta Salmiah meneruskan bacaannya.

Pada masa yang sama, Syukor mendapatkan bantuan Basri bagi membebaskan Salmiah. Basri mencadangkan agar Syukor beritahu sahaja pada Razman yang mereka sudah ada wang tersebut. Syukor terkejut dengan cadangan Basri namun dia hanya menurut. Apakah yang bakal berlaku seterusnya?

Barisan pelakon Fizz Fairuz, Jessey Lim, Faradhiya, Beego, Datuk Ahmad Tarmimi Serigar.



Klik link di bawah untuk menonton


Gangster Celop

Gangster Celop mengisahkan dua orang bekas gangster iaitu Aman (Kamal Adli) dan Adam (Syamsul Yusof) yang baru selesai menjalani hukuman penjara selama lima tahun. Mereka bertekad untuk berubah dan menjadi insan yang lebih baik.




Bagaimanapun, sebaik bebas, mereka dikehendaki menjaga Suzana (Hanis Zalikha) iaitu anak perempuan kepada Mat Jambu (Yus Raja Lawak),seorang ketua gangster yang pernah melindungi mereka dahulu. Suzana baru pulang dari luar negara untuk memulakan perniagaan di Malaysia.

Disebabkan tugasan itu, semua menjadi huru-hara dan secara tidak langsung mereka terbabit dalam konflik tercetus antara Mat Jambu dan musuhnya, Man Cirit (Azad Jazmin) yang merupakan musuh tradisi untuk sekian lama.

Pelakon Gangster Celop: Syamsul Yusof, Kamal Adli, Yus Jambu, Azad Jazmin, Reen Rahim serta blogger terkenal, Hanis Zalikha



Watch Gangster_Celop 2013 in Action & Adventure | View More Free Videos Online at Veoh.com

Mencari Cinta

 

 Mencari Cinta
Pada mulanya, Myra Tan Sri Johan akan berkahwin dengan Malek, lelaki yang dipilih sendiri tetapi akhirnya ditinggalkan oleh Malik yang mencintai orang lain. Perkembangan terbaru ini membawa banyak masalah kepada Tan Sri Johan dan Puan Sri Mahani kerana semua persiapan sudah selesai dan jemputan dihantar. Pada masa yang sama, seorang budak kampung bernama Razlan Ariffin yang taat dan sopan kepada ibu bapanya dan memiliki ladang warisan baru sahaja putus tunang dengan Mila yang ingin melanjutkan pelajarannya. Razlan menerima hakikat bahawa dia dan Mila sudah tidak mempunyai perasaan sayang. Nasib menemukan mereka Razlan dengan Myra berdua apabila keluarga Myra merancang perkahwinan mereka berdua. Adakah Razlan yang dibesarkan oleh ibu bapa tradisional serasi dengan Myra yang merupakan anak orang kaya dengan gaya hidup moden? Bolehkah mereka jatuh cinta terhadap satu sama lain?

Klasifikasi: P13
Genre: Romantik
Tarikh Tayangan: 25 April 2013
Bahasa: Malay
Pengedar: METROWEALTH
Pengarah: Shirin Hj Khuzaimi
Pelakon: Nora Danish, Riezman Khuzaimi, Connie Ahmad



Watch mencari cinta in Family | View More Free Videos Online at Veoh.com