Sunday, 16 November 2014

Bukan Kerana Aku Tak Cinta



JEBAT. Seorang lelaki yang katarsis, berdarah campuran Melayu dan Cina dari jalan hitam kehidupan kepada pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya. Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati telah menarik perhatian Mastura, adik ipar kepada majikannya Uwais. Pelbagai cara digunakan oleh gadis itu untuk menarik perhatiannya hingga Jebat naik rimas dan lemas. Walau berkali-kali ditolak, Mastura tidak juga berputus asa. Dia tidak pernah menyangka gadis cantik,kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, seorang lelaki biasa yang tidak begitu tampan kerana mempunyai parut di bahagian matanya. Mereka umpama The Beauty and The Beast.

DRAMA ADAPTASI NOVEL BUKAN KERANA AKU TAK CINTA KARYA E-MAN SUFI

Tonton

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod  9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14
Episod 15Episod 16Episod 17Episod 18Episod 19Episod 20Episod 21
Episod 22Episod 23Episod 24Episod 25Episod 26Episod 27Episod 28


Warkah Cinta Mat Rock


poster-warkah-cinta-mat-r.jpg

Sinopsis :


Eddie. mat despatch berjiwa rock tegar jatuh hati pada Nina eksekutif di syarikat tempatnya bekerja. Nina menyenangi Eddie namun tidak akan sesekali terima seorang mat despatch sebagai teman hidup. Kuasa cinta mengatasi segalanya...nilai kasih sayang Eddie terhadap ibunya membuatkan Nina tersentuh walaupun setelah dia menghina Eddie tanpa rasa simpati...Eddie kemalangan dan kritikal disebabkan penyakit chronic diabetic yang dihidapinya...adakah mereka akan bersama akhirnya?

 Lakonan Sharnaaz Ahmad, Nur Fathia, Zarynn Min dan ramai lagi.

3 Hati Ibu

 

Sinopsis 3 Hati Ibu, Hajah Wan Tom mahu menjodohkan Razman, anaknya dengan Atiqah, tapi pada masa yang sama Razman sudah ada pilihan hatinya iaitu Zaidah. Lakonan oleh Azlee Khairi, Zara Zya, Ku Faridah, Fadilah Mansur, Maimunah Ahmad, Keena Mentor, Ridzuan Hashim, Noralbaniah dan Buzen Hashim.

Tonton 3 Hati Ibu Disini 

Wednesday, 12 November 2014

ISTIDRAJ



Mari kita saksikan, telemovie Istidraj, telemovie yang sarat mengenai pergolakan keluarga akibat Amri (lakonan Norman Hakim) yang terima rasuah untuk memberi kehidupan yang sempurna kepada isterinya Sue (lakonan Fiza Elite) dan ibunya (lakonan Norlia Ramli). Telemovie ini telah disiarkan di TV Al HIjrah sempena sambutan Hari Anti Rasuah Sedunia tahun 2013.

Kali ini digarap dengan kreatif oleh Sutradara Rusdi Ramli menampilkan watak Amri (lakonan Norman Hakim) yang menyara keluarga dari sumber rasuah

Dengan membelakangkan nasihat keluarga. Saksikan kesudahan telemovie ini di TV Al-Hijrah 114 pada 8 Dis 2013 jam 10 mlm, tayangan sempena Sambutan Hari Anti Rasuah Sedunia.


Tonton Disini

Bicara Hati

 
Bicara Hati
 
A series Drana adapted from best selling Novel Bicara Hati:

Showing time: 9:00 Pm (60 Minutes)
Classificati0n:Universal
Genre :Drama
Running time :60 minutes

Synopsis: 

In minor or inadvertent ,Tengku Sharan and Zahlia meet ,at that time was deadlocked think Tengku Syahran declared his intention to marry her Zahlia to avoid marrinage with Linda  ,Zahlia suprised by demand Tengku Syahran ,Tenku Syahran not know and could not have Zahlia can fall to the culprit Zahlia completly wrong to accept the proposal .Different way by tengku Shaharan to win hearts ,Zahlia finally agreed but whit conditions.or the right ,Zahlia perposal right not be interruped.
 
 Tonton
Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod  9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14
Episod 15Episod 16Episod 17Episod 18Episod 19Episod 20Episod 21
Episod 22Episod 23Episod 24Episod 25Episod 26

Syurga Tanpa Cinta



Syurga Tanpa Cinta

RTM akan membawakan drama bersiri terbaru berjudul 'Syurga Tanpa Cinta' arahan Michael Ang bermula pada 27hb Sept 2014. Drama ini menampilkan pelakon seperti Emma Maembong, Kamal Adli, Sharifah Shahora, Mak Engku, Alif Hadi, Hefny Saad, Mak Wan, dan Marsha Milan. Nantikan kemunculannya di saluran RTM TV1.

Judul : Syurga Tanpa Cinta
Episod : 13 Episod
Siaran : RTM, TV1
Masa: Sabtu dan Ahad, 7.00pm
Pengarah : Michael Ang

Pelakon : Emma Maembong, Kamal Adli, Sharifah Shahora, Mak Engku, Alif Hadi, Hefny Saad, Mak Wan, dan Marsha

 Tonton

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod  9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13














HAJI TAK MABRUR

 








Bustaman adalah seorang yang kaya dan dikenali degan kemurahan hati beliau. Dia dan rakan-rakannya Husaini dan Farid memutuskan untuk pergi menunaikan haji tetapi mendapati bahawa giliran mereka hanya akan berlaku pada tahun 2020, Bustaman mencari sebuah agensi swasta untuk menunaikan haji dalam masa terdekat.

Saksikan telemovie Haji Tak Mabrur menampilkan pelakon seperti Ebby Yus, Hanif, Hairi Safwan, Fendi Seman, Nur Risteena and Ayda Jebat. Telemovie ini bersiaran di slot Cerekarama pada 11 Oktober, Sabtu jam 10 malam di TV3.

JUDUL : HAJI TAK MABRUR
TARIKH : 11 Oktober 2014 (Sabtu 10.00 malam)
SIARAN : Cerekarama TV3
PENGARAH : Pyan Screw
TERBITAN : Zeel Productions Sdn Bhd
PELAKON : Ebby Yus, Hanif, Hairi Safwan, Fendi Seman, Nur Risteena and Ayda Jebat

SINOPSIS HAJI TAK MABRUR

Bustaman adalah seorang sarjana muda yang kaya dan dikenali degan kemurahan hati beliau. Dia dan rakan-rakannya Husaini dan Farid memutuskan untuk pergi menunaikan haji tetapi mendapati bahawa giliran mereka hanya akan berlaku pada tahun 2020, Bustaman mencari sebuah agensi swasta untuk menunaikan haji dalam masa

Sumber


Tonton Disini

Tuesday, 11 November 2014

SYAH SYAHDU

 

Saksikan telemovie terbaru bertajuk 'Syah Syahdu' akan ditayangkan pada hari sabtu ini di slot Cerekarama TV3. Antara barisan pelakon ialah Ammar BMB, Norlia Ghani, Nur Risteena, Shamsul Ghau Shau, Hanna Aqeela, dan Amyra Rosli. Telemovie disiarkan pada 1 Septermber jam 10.00 malam di TV3.

JUDUL : SYAH SYAHDU
TARIKH : 13 September 2014 (10.00mlm)
SIARAN : Slot Cerekarama TV3
PELAKON : Ammar BMB, Norlia Ghani, Nur Risteena, Shamsul Ghau Shau, Hanna Aqeela, Amyra Rosli,

SINOPSIS SYAH SYAHDU

Mengisahkan tentang Syah Syahdu, seorang penjaja aiskrim, yang suka mengelilingi kampung sambil menyanyi lagu popular zaman 80-an. Pada masa lapangnya pula, dia membantu Pak Kaza seorang pelanda kelapa, di mana dia boleh bertemu dengan Comel, anak perempuan Pak Kaza ini.

Tonton Disini

Monday, 10 November 2014

Chef Jelita



Diana mempunyai hobi untuk memuat naik video yang kononnya dia memasak tetapi sebenarnya dia menggunakan sepupunya, Naimah. Setelah videonya mendapat sambutan hangat, Chef Nisa mula curiga dan cemburu akan populariti Diana.

Dari Pintu Neraka





Dari Pintu Neraka, Telemovie Aidiladha TV3 (2014)
JUDUL : Dari Pintu Neraka
TARIKH : 06/10/2014, 2pm to 4pm
SIARAN : TV3
TERBITAN : JS Pictures
PELAKON : Amar Asyraf ,Sheila Rusly, Syafiq Kyle dan Nad Zainal.

SINOPSIS DARI PINTU NERAKA

Kamal berasal dari keluarga yang miskin tetapi dia seorang yang angkuh. Dia sering terlibat dengan aktiviti gengster, vandalisme dan juga kes jenayah. Keluarga Kamal sudah puas memberi nasihat supaya dia berubah tetapi gagal. Kehidupan Kamal yang penuh dengan gejala haram dan dosa, apakah nasib Kamal selepas ini? 


Tonton Disini

Thursday, 6 November 2014

Suamiku Encik Sotong



Suamiku Encik Sotong

Drama adaptasi novel terbaru karya Syikin Zainal berjudul Suamiku Encik Sotong akan ditayangkan di kaca TV. Drama arahan Eoon Shuhaini ini mengandingkan pasangan Sharnaaz Ahmad dan Amyra Rosli sebagai pelakon utama. Saksikan drama ini bersiaran mulai 27 Oktober 2014, pada setiap hari Isnin jam 10.00 malam tayangan serentak di Astro Ria (104) dan Astro Maya HD (135).

JUDUL : SUAMIKU ENCIK SOTONG
GENRE : Romantik-Komedi
EPISOD : 13
TARIKH : 27 Oktober 2014 (Setiap Isnin - 10.00malam)
SIARAN : Astro Ria & Maya HD
PENGARAH : Eoon Shuhaini
PENULIS NOVEL : Syikin Zainal
TERBITAN : Global Station
PELAKON : Sharnaaz Ahmad, Amyra Rosli, Amar Baharin, Hanis Zalikha, Erry Putra, Roy Azman, Lydiawati, Syatila Melvin, Zaidi Omar, Rosnah Johari

WATAK PELAKON
Sharnaaz Ahmad sebagai Farish
Amyra Rosli sebagai Erica Soffea
Amar Baharin sebagai Tengku Izhan
Hanis Zalikha sebagai Dhia

SINOPSIS DRAMA SUAMIKU ENCIK SOTONG

Mengisahkan hubungan Farish (Sharnaaz Ahmad) dan Erica (Amyra Rosli) yang punyai personaliti berbeza dan sering bertengkar ekoran paksaan keluarga untuk mereka berkahwin selama 3 tahun agar dapat mewarisi harta peninggalan arwah neneknya. Sepanjang perkahwinan, mereka tidak pernah menjalankan tanggungjawab sebagai suami isteri, malah Erica telah jatuh cinta kepada sepupunya, Izhan (lakonan Amar Baharin), manakala Farish terlah jatuh cinta dengan rakan kolejnya, Dhia (Hanis Zalikha). Plot perjalanan drama yang punyai unsur komedi, mesej yang ringan dan cermat ini diteruskan dengan babak penantian mereka agar kontrak perkahwinan tersebut dapat dihabiskan. 


Tonton

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod  9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13












Suami Ku Encik Sotong Ep 1 by kakikumovie

Lambaian Kerinduan

 
Mak Siti mempunyai seorang anak lelaki tunggal bernama Muaz, Mak siti menaruh harapan yang tinggi terhadap Muaz. Tetapi setelah tamat pengajian, Muaz telah bertemu jodoh dengan gadis kaya iaitu Dayana, anak kepada Dato’ Fuad. Mak Siti risau jika Muaz dikawal oleh Dayana memandangkan Dayana anak orang kaya.

Kerana akur dengan kehendak ibunya, Muaz terpaksa berbohong mengenai pekerjaannya untuk menjaga hati ibunya itu setelah Mak Siti melarang Muaz untuk menerima tawaran kerja di syarikat milik Dato’ Fuad. Mak Siti pula telah lama menyimpan hasrat untuk mengerjakan haji dan menyatakan hasratnya kepada Muaz kerana dia merasakan Muaz mampu untuk menunaikan permintaanya.

Tanpa pengetahuan Mak Siti, menantu yang selama ini dikhuatiri mengganggu kasih sayang antara dia dan Muaz dengan ikhlas mahu menanggung segala perbelanjaan termasuk mengorbankan seekorlembu di Tanah suci itu nanti.

Erti pengorbanan dapat dihayati bersama dalam telefilem Lambaian Kerinduan yang membariskan pelakon Wawa Zainal, Aeril Zafrel, Khaty Azean, Mahmud Ali Bashah, Kuna dan Kazim Nor untuk dihayati bersama Aidiladha ini.


Lambaian Kerinduan, Skrin Di9, 06/10/2014 by DramaMelayu

Mat Tudung





Filem Mat Tudung ber-genre romantik komedi akan berada di pawagam pada 28 Julai ini. Filem arahan Wan Mohd Hafiz Wan Hussein di bintangi oleh Fizz Fairuz, Nelydia Senrose, Izzue Islam, Harun Salim Bachik dan ramai lagi.
TAJUK : MAT TUDUNG
TARIKH TAYANGAN : 28 Julai 2014
GENRE : Romantik / Komedi
PENGARAH : Wan Mohd Hafiz Wan Hussein
PELAKON : Fizz Fairuz, Nelydia Senrose, Izzue Islam, Harun Salim Bachik, Rosnah Mat Aris

SINOPSIS MAT TUDUNG

'Mat Tudung' mengisahkan seorang kasanova bernama Johari (bekas Mat Rempit) yang telah jatuh cinta pandang pertama pada Zizie. Zizie tidak seperti gadis lain yang ditemuinya sebelum ini dengan kecantikannya memakai tudung lagi menyejukkan mata memandang. Tidak mahu mengalah pada gadis impiannya, Johari berpakaian seperti gadis bertudung, memperkenalkan dirinya sebagai Johanna, saudara perempuan Johari bagi memudahkan dirinya mendekatkan diri dengan Zizie. 


Tonton Telemovie Disini

Cinta Kun Fayakun


Ia sebuah telemovie yang membawa konsep 'PATUH SYARIAH' dari segi pemakaian dan penjagaan aurat. Tiada sentuhan lelaki dan wanita ajnabi. Mesej yang mudah dan mesra keluarga. Sebahagian pelakon adalah pelajar al-Azhar, Kaherah.


Emily



SINOPSIS:
Mengisahkan Uria yang menerima wasiat teman baiknya lakonan Jehan miskin agar menjaga adiknya Emily yang baru berumur 18 tahun sekiranya beliau tiada lagi di dunia, dengan mengambilnya sebagai isteri.
Emily dan Uria bernikah tanpa rasa cinta dan berjanji untuk bercerai selepas 6 bulan berkahwin. Sementelah Emily sanggup mengahwini Uria kerana tidak mahu tinggal dengan pakciknya.
Emily mengenakan pelbagai syarat sepanjang pernikahan mereka termasuk tidur berasingan, Uria perlu membuat kerja rumah dan berjanji menceraikannya selepas 6 bulan. Emily pula meneruskan kehidupannya sebagai remaja yang suka main muzik dan sebagainya.
Pelbagai situasi berlaku dalam rumahtangga yang tak macam rumahtangga tu. Akhinya sekian lama ia membawa kepada bibit cemburu di hati Emily tetapi tidak mahu mengakuinya, begitu juga dengan Uria yang jatuh hati dengan Emily. tapi keduanya tidak mengaku bahawa masing2 dah ada perasaan, walhal ia dah disedari oleh makcik Uria, Ruby lakonan Natasha Hudson.
Akhirnya masa 6 bulan berlalu. Emily berubah dari seorang remaja yang kurang ajar menjadi lebih bersopan dan menunaikan solat jemaah dengan Uria. Mereka menjalani makan malam terakhir sebelum Emily meninggalkan rumah dan memutuskan untuk putuskan hubungan mereka……
Esok pagi ada tercegat depan rumah dan balik semula so happy ending.

Tujuh Dulang Asam Pedas

 drama 7 Dulang Asam Pedas

Kepada peminat aktres Nasha Aziz yang merindui kemunculannya membintangi drama TV, luangkan masa anda menyaksikan drama menarik lakonannya bertajuk, “7 Dulang Asam Pedas” pada 6 Januari ini, jam 10.00 pagi menerusi saluran TV1 yang menyaksikannya bergandingan dengan pelakon Norman Hakim, Intan Ladyana, Zarynn Min, Hairul Azreen dan Faralyna Idris.
Kisah asam pedas diangkat menyatukan tiga jiwa antara si dara, Jamaliah dengan lelaki bernama Jamal yang kemudiannya baru terbongkar rahsia bahawa lelaki itu adalah bekas kekasih ibunya sendiri, Junaidah.
Drama 7 Dulang Asam Pedas lakonan Nasha Aziz akan disiarkan pada 6 Januari ini, jam 10.00 pagi menerusi saluran TV1 Junaidah amat menyukai asam pedas yang dibeli anaknya, Jamaliah di Kedai Asam Pedas JJ. Sejak itu Jamaliah sering ke kedai itu membelikan asam pedas kegemaran ibunya itu. Namun sikap lepas cakap dan kejujuran melampau Jamaliah telah membuatkan Kedai Asam Pedas JJ gamat setiap kali dia hadir. Ini membuatkan pekerja-pekerja di situ enggan melayan kerenahnya. Cuma Jamal, pemilik kedai yang sanggup melayan kerenah Jamaliah.
Namun semua yang dikomen Jamaliah semuanya masuk akal dan membawa pulangan yang baik terhadap kedainya. Sejak itu Jamal merasa terhutang budi dengan Jamaliah dan tidak mengenakan bayaran terhadap asam pedas yang dibeli oleh gadis itu. Dalam diam dia menyimpan perasaan terhadap Jamaliah tetapi enggan berterus-terang kerana dalam masa yang sama, dia sentiasa dihimpit oleh Sheen, anak orang kaya yang terlalu obses dengan dirinya.
Di rumah hubungan Jamaliah dengan ibunya bertambah rapat berbanding sebelumnya. Junaidah dapat merasakan anaknya mula memahami kehendaknya terutama minatnya terhadap asam pedas. Hinggalah satu hari ibunya bertanyakan Jamaliah tentang calon suaminya. Jamaliah tidak menjanjikan apa-apa sebaliknya menentukan kepada jodoh bila Jamal akan terbuka hati mahu melamarnya.
Meskipun risau penerimaan ibunya terhadap Jamal yang dirasakan seusia ibunya, Jamaliah nekad mahu mempertemukan keduanya. Tetapi alangkah terkejutnya Jamal apabila mendapati ibu kekasihnya itu adalah bekas kekasihnya yang ingin dinikahinya 20 tahun lalu. Masing-masing kelu lidah untuk berkata-kata.
Seperti yang dijanjikan, majlis pertunangan Jamaliah dan Jamal mula diaturkan. Jamaliah menghadiahkan ibunya kebaya cantik untuk dipakai sewaktu majlis berlangsung kelak. Namun sebenarnya dia mempunyai perancangan lain demi masa depan ibunya yang tersayang.
Apakah sebenarnya yang cuba diaturkan oleh Jamaliah? Bagaimana pula dengan Sheen yang tidak sudah-sudah mengejar cinta Jamal? Saksikan kesudahannya dalam 7 Dulang Asam Pedas hanya di TV1.


Monday, 3 November 2014

Madu



Anita mempunyai dua orang anak iaitu Shah dan Shima. Anak pertamanya Shah bekerja sebagai Pramugara. Anita teringin melancong menaiki kapal terbang bersama suaminya. Namun suaminya sentiasa sibuk.


Cinta Kau Dan Aku.






Mengisahkan seorang gadis yang cantik, baik dan namun keluarganya hidup dalam serba kekurangan setelah ayahnya meninggal dunia. Sejak itu dia mengubah penampilannya menjadi seorang yang kasar namun masih berbudi bahasa.

Kemiskinan hidup mereka menyebabkan dia tidak dapat meneruskan pelajaran ke universiti dan terpaksa membantu ibunya berniaga kecil-kecilan di warung. Namun kemudiannya dia mengambil keputusan untuk mengikut temannya, Milah berhijrah dan bekerja di Kuala Lumpur sebagai pemandu peribadi kepada majikan Milah yang merupakan tokoh korporat yang terkenal. Dengan kesungguhannya, Risya berjaya meyakinkan majikannya untuk diterima bekerja.


Namun tiada siapa yang menyedari dalam diam Farish Hakimi jatuh hati terhadap Risya dan kesempatan yang ada digunakan sepenuhnya lelaki itu apabila ibu Risya jatuh sakit, dia segera menghulurkan bantuan kos pembedahan penyakit jantungnya. Rasa terhutang budi dengan lelaki itu membuatkan ibu Risya menyarankan agar Farish Hakimi mengahwini anaknya Risya. Pantas sahaja lelaki itu bersetuju dan tindakannya itu benar-benar mengejutkan Risya yang kemudiannya hanya menurut kehendak ibunya. Mereka kemudiannya melayari bahtera hidup sebagai suami isteri yang bahagia. Apatahlagi baru merasai nikmat cinta setelah berkahwin meskipun adakalanya mereka bertelagah kerana sikap cemburu buta Farish Hakimi.


Tetapi konflik mula berlaku setelah kehadiran keluarga dan bekas tunang Farish Hakimi ke rumah mereka. Mereka mula merancang niat jahat memisahkan pasangan itu dengan segalanya didalangi oleh bekas tunang dan adik Farish Hakimi sendiri. Perangkap di atur mereka seringkali gagal namun impian mereka jadi kenyataan bila satu hari Risya diperangkap bersama teman baiknya. Farish Hakimi yang sedang marah dan gagal mengawal perasaan terus menceraikan Risya tanpa usul periksa. Malah Risya juga terpaksa menerima hakikat dirinya keguguran anak sulong mereka. Ketika itu Farish Hakimi tanpa rasa bersalah berlepas ke UK meninggalkan Risya.


Sangkaan mereka bahawa perpisahan jalan terbaik dalam hubungan mereka meleset. Mereka berdua tetap saling merindu meskipun tidak bertemu. Risya cuba bangkit apatahlagi dia ditawarkan menjadi model di Singapura. Namun ketika di lapangan terbang dia tanpa sengaja bertembung dengan bekas suaminya itu dan sejak itu mereka sering bertemu.


Mampukah cinta mereka berdua kembali bertaut? Atau banyak lagi dugaan dan rintangan diaturkan adik perempuan Farish Hakimi dan bekas tunangnya untuk memastikan mereka takkan mungkin bersatu?

Tonton

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod  9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14
Episod 15Episod 16Episod 17Episod 18Episod 19Episod 20Episod 21
Episod 22Episod 23Episod 24Episod 25Episod 26Episod 27Episod 28



Cinta Kau dan Aku Episod 1 by tvmiromrok

Luth Mahfuz


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEglnd7m4gJ1Z7iCKs5iXzFQ4BZVuB39qfK51hW3M7xXp9Ik37q5fM0KahvYyw26U5yJCK3pm9ZGJgnlN0oXdEGKEmYmQqU8Os4eoigwkQza4rv_gHrVQ1zD_TaD-5S5HXd9IPFidzvGuls/s1600/luth.jpg

Eyma mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana ingin menumpukan perhatian terhadap anaknya, Aqish yang mengalami lemah jantung. Eyma terkejut apabila tiba-tiba suaminya, Haziq telah menyatakan hasrat untuk bercerai dan menyerahkan kertas tentang pembahagian harta sepencarian mereka. Namun, Eyma tidak mahu sebarang harta sebaliknya Eyma cuma meminta Haziq melayannya dengan kasih sayang serta melakukan aktiviti romantik seperti mereka baru berkahwin selama empat puluh hari. Selama empat puluh hari Haziq juga disuruh untuk mengikut sunnah-sunnah nabi sebagai amalam hariannya. Haziq menunaikan permintaan itu kerana baginya ianya hanya tempoh yang singkat dan selepas itu dia boleh kembali bersama bekas kekasihnya. Doktor yang melawat Aqish selalu menceritakan perihal kes pesakitnya di dalam blog. Eyma terharu sekurang-kurangnya masih ada lagi insan lain yang mengambil berat tentang Aqish sementara suaminya sendiri mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. Saksikan kisah pengorbanan seorang ibu dan isteri yang taat kepada suaminya meskipun hatinya sendiri tiada siapa ambil peduli.
Pelakon: Siti Saleha, Fizz Fairuz, Raja Ilya, Wan Sharmila, Arash Mohammad, Puteri Syasya.


Serindu Taj Mahal



Kisah cinta tiga segi antara Adam,Aishah dan Shahrizal. Aishah dalam dilema samada menerima lamaran anak majikannya Adam atau lelaki pertama yang berjaya mencuri hatinya-Shahrizal.Di hari perkahwinannya dengan Adam(S.Jazle)Aishah telah melarikan diri.Namun,Adam redha jodoh Aishah dengan Shahrizal(Adi).Mereka berkahwin.Namun,takdir mengubah segalanya. Shah meninggal dunia dan Aishah keguguran.Aishah masih belum menerima kenyataan dan masih menganggap Shah dan anaknya masih hidup.



Serindu Taj Mahal 2013



More Videos & Games at BroSwag

Tongkah Arus Dosa



Tongkah Arus Dosa - Drama Melayu FullMengisahkan tentang seorang Ustaz muda, Faris yang disegani kerana keiklasannya membantu penduduk kampung. Faris memangdang tinggi Tok Amin mengendalikan Rumah Qaseh, Sebuah rumah kebajikan untuk anak yatim.

Tongkah Arus Dosa - Drama Melayu Full



More Videos & Games at BroSwag

Sejernih Embun

Sejernih Embun



Sinopsis Sejernih Embun
Razman terlibat dalam gangterism sejak remaja. Dia tidak pernah mengenali keluarganya mengakibatkan kehidupannya terumbang-ambing. Razman kemudiannya jatuh cinta pada Jaclyn, orang kepercayaan bos besar. Namun, Jaclyn meletakkan syarat RM 1 juta jika inginkan cintanya dan wang tersebut harus diperolehinya dalam masa seminggu.

Disebabkan terdesak, Razman kembali menjejaki Raymond yang pernah melarikan wangnya berjumlah hampir RM 200 ribu. Razman ke Jitra, kampung halaman Raymond. Puas dicari namun Raymond tidak ditemui. Ketika Razman hampir berputus asa, dia terkejut apabila mendapati suami Salmiah, Syukor ialah Raymond yang telah memeluk agama Islam. Malah, Syukor juga mengatakan bahawa duit tersebut telah didermakan. Razman telah menculik Salmiah untuk memaksa Syukor menyerahkan duit tersebut atapun Salmiah akan dibunuh.

Sepanjang dikurung oleh Razman, Salmiah berterusan bersolat dan mengaji. Razman agak terganggu dengan bacaan Al-Quran tersebut namun akhirnya tertidur dan bermimpi dia berada dalam api panas. Apabila tersedar, Razman meminta Salmiah meneruskan bacaannya.

Pada masa yang sama, Syukor mendapatkan bantuan Basri bagi membebaskan Salmiah. Basri mencadangkan agar Syukor beritahu sahaja pada Razman yang mereka sudah ada wang tersebut. Syukor terkejut dengan cadangan Basri namun dia hanya menurut. Apakah yang bakal berlaku seterusnya?

Barisan pelakon Fizz Fairuz, Jessey Lim, Faradhiya, Beego, Datuk Ahmad Tarmimi Serigar.



Klik link di bawah untuk menonton


Gangster Celop

Gangster Celop mengisahkan dua orang bekas gangster iaitu Aman (Kamal Adli) dan Adam (Syamsul Yusof) yang baru selesai menjalani hukuman penjara selama lima tahun. Mereka bertekad untuk berubah dan menjadi insan yang lebih baik.




Bagaimanapun, sebaik bebas, mereka dikehendaki menjaga Suzana (Hanis Zalikha) iaitu anak perempuan kepada Mat Jambu (Yus Raja Lawak),seorang ketua gangster yang pernah melindungi mereka dahulu. Suzana baru pulang dari luar negara untuk memulakan perniagaan di Malaysia.

Disebabkan tugasan itu, semua menjadi huru-hara dan secara tidak langsung mereka terbabit dalam konflik tercetus antara Mat Jambu dan musuhnya, Man Cirit (Azad Jazmin) yang merupakan musuh tradisi untuk sekian lama.

Pelakon Gangster Celop: Syamsul Yusof, Kamal Adli, Yus Jambu, Azad Jazmin, Reen Rahim serta blogger terkenal, Hanis Zalikha



Watch Gangster_Celop 2013 in Action & Adventure | View More Free Videos Online at Veoh.com

Mencari Cinta

 

 Mencari Cinta
Pada mulanya, Myra Tan Sri Johan akan berkahwin dengan Malek, lelaki yang dipilih sendiri tetapi akhirnya ditinggalkan oleh Malik yang mencintai orang lain. Perkembangan terbaru ini membawa banyak masalah kepada Tan Sri Johan dan Puan Sri Mahani kerana semua persiapan sudah selesai dan jemputan dihantar. Pada masa yang sama, seorang budak kampung bernama Razlan Ariffin yang taat dan sopan kepada ibu bapanya dan memiliki ladang warisan baru sahaja putus tunang dengan Mila yang ingin melanjutkan pelajarannya. Razlan menerima hakikat bahawa dia dan Mila sudah tidak mempunyai perasaan sayang. Nasib menemukan mereka Razlan dengan Myra berdua apabila keluarga Myra merancang perkahwinan mereka berdua. Adakah Razlan yang dibesarkan oleh ibu bapa tradisional serasi dengan Myra yang merupakan anak orang kaya dengan gaya hidup moden? Bolehkah mereka jatuh cinta terhadap satu sama lain?

Klasifikasi: P13
Genre: Romantik
Tarikh Tayangan: 25 April 2013
Bahasa: Malay
Pengedar: METROWEALTH
Pengarah: Shirin Hj Khuzaimi
Pelakon: Nora Danish, Riezman Khuzaimi, Connie Ahmad



Watch mencari cinta in Family | View More Free Videos Online at Veoh.com