Hantu Bonceng | |
---|---|
Pengarah | Ahmad Idham |
Penerbit | Ahmad Idham |
Pengarang | Ahmad Idham |
Lakonan | Zizan Razak Juliana Evans Jue Aziz |
Pengedar | Excellent Pictures |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Malaysia |
Perbelanjaan | RM 1.51 juta[1] |
Pulangan kasar | RM 8.53 juta[1] |
Laman web rasmi |
Filem yang menelan belanja RM 1.51 juta ini mula-mula ditayangkan di 80 buah pawagam di Malaysia, Singapura dan Brunei. Sepanjang tempoh tayangannya di pawagam, ia menerima sambutan yang amat hangat.
Isi kandungan
Sinopsis
Cerita mengisahkan Amran seorang budak Delivery yang gemar berlumba secara haram motor Drag. Satu hari selepas memenagi satu perlumbaan, Amran telah di hadiahkan seorang Bohsia bernama Maya sebagai habuan perlumbaan. Malang tidak berbau, di ketika Amran hendak membawa bohsia yang memboncengnya itu keluar dari port, mereka telah kemalangan dan Bohsia tersebut mati ditempat kejadian.Sejak kejadian itu Amran sering diganggu dengan hantu Maya yang meminta Amran sempurnakan mayatnya. Amran cuba mendapat bantuan kawan karib nya Kunyit untuk membantunya menjejak keluarga Maya yang sehingga kini masih menjadi misteri setelah Halimaton kekasih Amran seorang jururawat enggan membantu Amran sebab marahkan atas kecurangan Amran terhadapnya.
Berbagai cara Amran lakukan untuk menyelesaikan gangguan daripada Maya itu. Dari berjumpa bomoh hinggalah ke seorang ustaz. Tanpa Amran sedari dia mula berubah menjadi seorang yang lebih baik dan mula menginsafi atas kelakuan buruknya sebelum ini. Halimaton mula menerima semula Amran setelah melihat perubahan positif padanya. Tapi tanpa diduga Ayu muncul dalam hidup Amran.
Pelakon
- Zizan Razak sebagai Amran
- Juliana Evans sebagai Maya/Ayu
- Jue Aziz sebagai Halimaton
- Taiyuddin Bakar sebagai Kunyit
- Eizlan Yusof sebagai Bomoh
- Azlan Kami sebagai Dani
- Cat Farish sebagai Ustaz
- Nursyuhaida sebagai Mariam
- Zizie (Fabulous Cats) sebagai Mimi
- Zahid AF sebagai Doktor
- Yus Raja Lawak sebagai Pemilik Kedai Motor
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
No comments:
Post a Comment