Sunday 26 October 2014

Pontianak Harum Sundal Malam



Pontianak hsm 02.jpg
Pengarah Shuhaimi Baba
Penerbit Shuhaimi Baba
Pengarang Shuhaimi Baba
Lakonan Maya Karin
Azri Iskandar
Rosyam Nor
Pengedar Pesona Pictures Sdn Bhd
Negara  Malaysia
Bahasa Bahasa Melayu
Rujukan Filemkita
Pontianak Harum Sundal Malam ialah sebuah filem arahan Shuhaimi Baba. Pelakon utama filem ini, Maya Karin memegang dua watak dalam filem ini iaitu Maria dan Meriam. Kutipan hasil jualan tiket ialah sebanyak RM3.2 juta. Oleh sebab mendapat sambutan yang amat menggalakkan serta mendapat pengiktirafan semasa di festival filem luar negeri, Shuhaimi Baba menghasilkan filem Pontianak Harum Sundal Malam II yang menjadi sambungan cerita Pontianak Harum Sundal Malam.

Sinopsis



Filem seram ini bertumpu kepada rentetan kejadian misteri yang berlaku pada dua era iaitu zaman lampau dan masa kini. Pada lewat 1940-an primadona gamelan, Meriam tersepit di antara cinta dua lelaki, Marsani dan Danial. Meriam akhirnya memilih Danial lalu menyebabkan Marsani cemburu. Meriam kemudiannya dijumpai mati ketika hamil anak sulungnya. Sejak itu, kampung terbabit tidak lagi aman apabila berlaku pelbagai kejadian menakutkan. Marsani hidup dalam ketakutan dan selalu dibayangi mimpi ngeri Meriam yang dianggap menjadi pontianak. Lebih 50 tahun berlalu, Marsani terus menghabiskan sisa-sisa hidupnya itu tetapi masih terkenangkan Meriam. Sesuatu yang aneh terjadi apabila muncul seorang gadis, Maria yang wajahnya persis Meriam. Secara kebetulan, Maria adalah kawan baik cucu Marsani, Norman dan isterinya, Anna. Sekali lagi beberapa peristiwa aneh berlaku dan kali ini Maria pula dituduh menjadi pontianak oleh Marsani. Soalnya, siapakah sebenarnya Maria dan apakah hubungannya dengan Meriam?


Pelakon


  1. Maya Karin (Meriam & Maria)
  2. Azri Iskandar (Marsani)
  3. Rosyam Nor (Asmadi)
  4. Eizlan Yusof (Norman)
  5. Kavita Sidhu (Anna)
  6. Sahronizam (Danial)
  7. Nanu Baharuddin (Laila)
  8. Ida Nerina (Sitam)
  9. Sharifah Aleya
  10. Haiza
  11. Yusmal
  12. Adam Hamid
  13. Nadia Mustafa
  14. Aziz Satar
  15. Shah Reza
  16. Azwan Ali
  17. Sofia Ibrahim
  18. Wahid Satay
  19. Aimi Jarr
  20. Adam Corrie

Pengarah


Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

No comments:

Post a Comment