Tuesday 28 October 2014

Surat Dari Langit Biru

Sinopsis drama Surat Dari Langit Biru, Slot Samarinda TV3



 Johan Asari dan Yana Samsudin sebagai adik beradik.

Hai, drama Surat Dari Langit Biru akan bermula pada 6 Februari dalam Slot Samarinda TV3. Drama ini dijangka akan membuatkan anda sedih (mungkin akan membuatkan air mata anda menitis). Jom lihat sedikit sinopsisnya di bawah ini.





Sinopsis



Mengisahkan pengorbanan dan kasih sayang antara dua beradik Zarul (Johan Asari) dan Salmi (Yana). Zarul sanggup berkorban masa depannya demi kakaknya sehingga berjaya bergelar doktor. Takdir menentukan yang Salmi terpaksa berkahwin dengan Heykal (Fizo Omar) kerana terhutang budi pada ayah Heykal walaupun hidupnya merana disebabkan Heykal terbabit dengan kegiatan haram. Heykal dan adiknya Lisa cuba memisahkan Zarul dan Salmi. Zarul dibuang oleh keluarga kerana tomahan dan fitnah yang dilemparkan kepadanya. Semuanya angkara Lisa yang membuat onar. Akhirnya dia mengasingkan diri untuk mencari tempat mengadu nasib. Dapatkah Heykal melunaskan rancangan kejamnya. Berjayakah Zarul bersatu kembali dengan kakaknya Salmi.

Promo

No comments:

Post a Comment