Tuesday 28 October 2014

Cinta V-log




Sinopsis:Cinta V-log mengisahkan kisah cinta remaja antara Shezz (Alif Aziz) dan Madiha (Wawa Zainal) yang berputik di laman Internet. Shezz dikenali kerana vlognya dipenuhi elemen lawak, persembahan muzik dan nyanyiannya. Manakala Madiha pula menggunakan vlog sebagai medium untuk mengajak rakan perempuan untuk sama-sama memperbaiki diri menjadi Muslimah yang baik. Namun, keikhlasannya disalah erti, lebih-lebih lagi Shezz yang menuduh Madihah menggunakan nama dakwah dan Islam untuk mengejar populariti. Berlaku perdebatan hangat antara dua vlogger itu lalu satu pertemuan diatur untuk menjelaskan perbezaan pendapat di antara mereka. Selepas pertemuan itu, Shezz jatuh cinta pada Madiha lalu menggunakan vlog miliknya untuk memikat Madiha. Madiha yang malu dengan perbuatan Shezz menutup akaun vlognya. Shezz menyesal pernah memandang rendah pada Madiha kerana setelah kejadian itu, dia melihat semua rakaman video Madiha dan mula menjejaki Madiha untuk memperbaiki hubungan mereka.


Pelakon Cinta V-log: Aliff Aziz, Wawa Zainal, Anne Ngasri dan Zahiril Adzim....

Pada 6 JUN yang lepas, 7 jun tu my burfdayy....hahaha....TV9 telah menyiarkan telemovie yang bertajuk Cinta Vlog. Ramai blogger blogger yang excited nak tengok telemovie Cinta Vlog nih lebih lebih lagi apabila Maria Elena bakal muncul dalam telemovie tersebut. tapi sayang!! Scene Maria Elena terlampau singkat..tak puas tengok.hehe.
KELASS KAU MARIA...
Maria Elena yang Awesome! *ini gambar bukan video! jgn tekan button play hokehh!LOL
Selain dari kemunculan Maria Elena, aku suke dengar lagu yang dimainkan dalam telemovie nih.tajuk lagu tuh  "Cinta Ya Cinta" nyanyian Aliff Aziz..kat bawah nih video yang aku amek dari youtube and aku tempekkan sekali dengan lirik untuk lagu Cinta Ya Cinta.. korang nyanyilah sampai anak tekak berdenyut!

Sumber


No comments:

Post a Comment