Sunday 26 October 2014

Cinta Halal

Sinopsis Telemovie 'Cinta Halal'


Ismi Hazariah, seorang gadis yang kasar sikap
dan perlakuannya. Sentiasa menimbulkan masalah di tempat kerjanya. Bergaduh dengan rakan sekerja. Datang lambat ke tempat kerja sehingga membuatkan majikannya pening kepala dengan sikapnya itu. Akibat tidak tahan dengan situasi itu, Ismi dibuang kerja untuk kali kelima.
Ibu tirinya, Najihah sudah tidak tahu apa yang harus dilakukan dengan Ismi. Anak gadisnya itu tidak sama dengan gadis-gadis lain. Sikapnya yang kasar dan cakap
main lepas, membuatkan dia sering dijauhi oleh rakan-rakannya.
Najihah memaksa Ismi berkerja di syarikatnya bekerja. Pada mulanya, Ismi menolak kerana
dia tidak mahu memakai pakaian muslimah yang diwajibkan oleh syarikat itu. Tetapi Ismi terpaksa akur dengan desakan Najihah.


Akibat terlambat datang untuk
interview, Ismi dengan kelam-kabutnya memasuki bangunan dan terlanggar seseorang. Orang itu adalah isteri pemilik syarikat tempatnya bekerja. Perbuatan Ismi itu membangkitkan kemarahannya. Dia menganggap Ismi seorang yang kurang ajar kerana tidak meminta maaf atas perbuatannya itu.
Ismi berjaya mendapatkan pekerjaan itu walaupun dia terlambat dari masa yang ditetapkan. Keesokkan harinya, Ismi terlewat juga datang ke pejabat. Sedang dia terkecoh-kacah, dia terjatuh. Mukhriz yang kebetulan sedang menunggu lif ternampak kejadian itu. Dia menghampiri Ismi tetapi tidak membantu Ismi bangun. Ismi meminta bantuan Mukhriz supaya memapahnya bangun tetapi Mukhriz menolak dengan alasan mereka bukan muhrim. Ismi mencebik dengan mengatakan yang Mukhriz berlagak alim. Ismi bangun sendiri dan apabila dia melihat wajah Mukhriz, dia seperti berada di awang-awangan. Dia mulai jatuh cinta pandang pertama dengan Mukhriz.

Bermacam-macam cara yang dilakukan oleh Ismi untuk menarik perhatian Mukhriz. Dia sengaja menyelinap masuk ke dalam bilik Mukhriz untuk meletakkan sandwich buatannya di atas meja Mukhriz. Walaupun tahu yang Mukhriz itu adalah pengurus syarikat dan anak pemilik syarikat tempatnya bekerja, bukan halangan bagi Ismi untuk memikat hati Mukhriz.

Ibu Mukhriz mahu Mukhriz berkahwin dengan Salmah. Mukhriz hanya bersetuju dengan rancangan ibunya itu. Tetapi rupanya Salmah sudah ada pilihannya sendiri. Mukhriz yang secara tidak sengaja telah terdengar perbualan telefon di antara Salmah dengan kekasih hatinya itu. Mukhriz memasang umpan supaya Salmah berterus-terang dengannya. Dan akhirnya, umpan Mukhriz mengena dan Salmah berterus-terang akhirnya. Mukhriz faham perasaan Salmah. Yang menjadi masalahnya adalah uminya. Uminya yang beriya-iya mahu menyatukan mereka.

Suatu hari, sedang Salmah keluar makan bersama kekasih hatinya, di terkejut melihat umi Mukhriz ada di situ. Umi Mukhriz terkejut melihat Salmah berpakaian begitu. Dengan skirt pendek dan tidak bertudung. Selama ini Salmah hanya mengenakan jubah dan berhijab untuk menjaga hati keluarganya dan keluarga Mukhriz sedangkan hakikatnya dia tidaklah begitu menjaga penampilannya. Umi Mukhriz begitu marah tetapi tetap mahukan Salmah menjadi menantunya. Salmah yang pada mulanya menyangka yang dia sudah terlepas dari masalah itu, terkejut dengan keputusan umi Mukhriz itu. 

Ismi membantu ketua jabatannya mencari maklumat tentang penyelewengan yang dilakukan oleh orang atasan ketua jabatannya itu. Usaha mereka berjaya. Mereka menemui fail yang dapat membuktikan penyelewengan itu tetapi entah di mana silapnya, fail itu hilang dari simpanan mereka. Akibat dari itu, ketua jabatannya itu dibuang kerja dengan alasan ketua jabatannya itu melanggar etika kerja di syarikat itu. Ismi tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku. Kebetulannya, dia terdengar perbualan Sakinah, PA Mukhriz dengan En. Jabar. Fahamlah Ismi yang selama ini Sakinah bersubahat dengan En.Jabar melakukan penyelewengan itu. Ismi bertindak menyelongkar meja Sakinah untuk mencari fail itu. Sakinah ternampak Ismi dan berlaku pergelutan di antara keduanya.

Mukhriz yang kebetulannya sedang bersama uminya menuju ke biliknya, terkejut melihat keadaan itu. Dia memanggil Ismi masuk ke dalam biliknya. Ismi menerangkan apa yang terjadi tetapi Mukhriz tidak mempercayai kata-katanya. Tambahan lagi, desakan uminya yang mahu Mukhriz memecat Ismi membuatkan keadaan tidak memihak kepada Ismi. Ismi mengecam Mukhriz sebagai majikan yang buta hatinya kerana hanya memandang pada luaran. Kepincangan dalam syarikat pun Mukhriz tidak dapat menghidunya.



Mukhriz binggung dengan kejadian itu. Dia meninggalkan uminya keseorangan di dalam biliknya. Sedang dia melintasi bilik En.Jabar, dia terdengar perbualan di antara Sakinah dengan En.Jabar. Mukhriz menolak pintu bilik itu dan bersemuka dengan keduanya. Ternyata fail yang dicari oleh Ismi memang wujud dan perbincangan di adakan. Ketua jabatan Ismi dipanggil dan membentangkan hasil siasatannya bersama Ismi.

Mukhriz berasa bersalah kerana memarahi Ismi dan menuduhnya sengaja mengada-adakan cerita untuk memburuk-burukkan Jabar yang sudah lama berkhidmat di syarikatnya itu tetapi umi Mukhriz tetap menghalang Mukhriz berjumpa dengan Ismi. Dia memang tidak menyukai Ismi dari awal pertemuan mereka dahulu.

Ismi membawa ibu dan adiknya bercuti. Dia tidak mahu berjumpa dan bekerja di syarikat Mukhriz lagi. Ibunya risau kerana dia sudah lama tidak bekerja. Ismi tidak mengendahkan ibunya. Mukhriz menegurnya. Ismi terkejut melihat Muhkriz berada di situ. Mukhriz mencurahkan isi hatinya kepada Ismi. Dia melamar Ismi di situ. Ismi yang terkejut terus terjatuh ke dalam kolam. Mukhriz yang terkejut terus terjun untuk menyelamatkan Ismi tetapi rupanya Ismi hanya berpura-pura lemas memandangkan kolam itu tidak dalam dan airnya hanya separas pinggang mereka sahaja. Ismi berasa gembira kerana dia berjaya memiliki cinta Mukhriz akhirnya.



Para pelakon : Nur Fathia sebagai Ismi Hazariah Fahrin Ahmad sebagai Mukhriz Hanez Suraya sebagai Salmah Fazlina Dato Ahmad Daud sebagai Najihah Lydiawati sebagai umi Mukhriz Muhammad Ali Bashah sebagai Dato Jalal



No comments:

Post a Comment