Friday 31 October 2014

Cikgu Gangster

Cikgu Gangster (2014) Full Movie Streaming

Drama ini mengisahkan Amar(Syed Ali), seorang gangster ‘kecil-kecilan’ merampas wang rompakan daripada anggota gangster lain bernama Terry.

Ketika melarikan diri daripada Terry, Amar bersembunyi dalam van dimiliki Haji Rahman. Tanpa sengaja, Haji Rahman (Zaidi Omar) membawa Amar menuju ke Kem Motivasi Bukit Tokak iaitu kem untuk pelajar bermasalah miliknya. Amar menyelinap masuk ke kem itu lalu menyamar sebagai guru pelatih yang pernah mengikuti latihan ketenteraan.

Namun, kedatangan Amar tidak disenangi anak perempuan Haji Rahman iaitu Maria(Siti Saleha) yang dapat merasakan Amar menyembunyikan status dirinya yang sebenar. Amar mula mengajar pelajar bermasalah itu dengan caranya yang tersendiri iaitu sebagai cikgu gangster. Kedatangan Amar menimbulkan ketidakpuasan hati kepada semua pelajar itu kerana mereka kini semakin terikat dengan ‘cara ajaran’ Amar yang agresif.

Dalam pada itu, Amar yang sedang menyamar mula merasakan perubahan berlaku pada dirinya. Akhirnya, Amar berubah dan mula belajar mendalami agama. Hidup Amar semakin indah apabila Maria jatuh hati padanya. Namun dapatkah cinta mereka bersatu apabila Maria dapat tahu siapa Amar sebenarnya? Jangan lupa saksikan Drama Cikgu Gengster full movie ini lakonan Syed Ali, Siti Saleha, Zaidi Omar, Hafeez Mikail, Mohd Zaki, Faiz Kamal, Saidi, Sabri Yunus, Beego, dan Man Raja Lawak. Bagi yang terlepas menonton Cikgu Gangster Full Movie, boleh tontonnya di laman ini.

1 comment:

  1. Ial ajqpi nsaoj alo aojnsknua amlan ska ianalaloamlaianaianka ainabthwniqonakl.
    Y alao akubalgya iabalojqnia ibalaubalj kani iablbaou dbkwjhlwni slsubsmsosbibslsk isbubsoja ibalakibakkania iablani aisnis lao ansis ksnksnknisninslmks skqi alianiakia akaka ia k snsowniqbqkoqjwkwniw wnkqniqjqnjwnjwniwnjqnkwniw.

    ReplyDelete