Pengarah | Azhari Mohd Zaini |
---|---|
Penerbit | David Teo |
Lakonan | Zul Handy Black Mas Muharni Hasnul Rahmat |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Malaysia |
Isi kandungan
- 1 Plot
- 2 Barisan pelakon
- 3 Rujukan
- 4 Pautan luar
Plot
Filem seram ini mengangkat kisah penggunaan ilmu hitam kerana dendam dan kepentingan diri sendiri. Kisah bermula dengan pembukaan cerita di kawasan perkuburan di mana Muzir dianiaya oleh Hasbi demi melengkapkan ilmu hitam serta mendapatkan isteri Muzir. Akibatnya Muzir dipenjarakan seumur hidup.Di dalam penjara, Muzir berjaya mendapatkan ilmu hitam daripada Embah yang bakal menemui ajalnya. Namun, ilmu Muzir tidak sempurna kerana bilik penjaranya dikunci dengan ayat-ayat serta kalimah Allah. Lalu muncullah Pak Long, seorang warden penjara dan juga Pakcik kepada Muzir yang isterinya ditimpa musibah. Akibat cintakan isteri dan terdesak, Hafif telah bersetuju dengan syarat-syarat Muzir iaitu memadam ayat dan kalimah Allah di sekitar bilik penjara Muzir, menghidangkan tiga jenis hidangan untuk penjaga ilmu hitam dan mengambil tali pengikat pocong wanita yang mati kerana anak sulung menggunakan gigi.
Setelah ayat dan kalimah Allah berjaya dipadam oleh Pak Long, maka berlakulah perubahan ilmu Muzir dengan air yang melimpah di dalam bilik penjara serta bayangan makhluk hitam yang memenuhi dinding penjara. Serentak dengan itu, Muzir muncul di dalam sebuah paya lalu melakukan pembunuhan sebagai makanan kepada ilmu hitam miliknya. Maka bermulalah pembalasan dendam kesumat Muzir terhadap Hasbi.
Barisan pelakon
- Zul Handyblack sebagai Muzir
- Hasnul Rahmat Hasbi
- Mas Muharni sebagai Mariam
- Hamdan Ramli sebagai Pak Long
- Bob Lokman sebagai Haji Fatah
- Ruzaidi Abdul Rahman sebagai Embah
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
No comments:
Post a Comment