Sunday 26 October 2014

Oren dan Ceri

Drama komedi kisah remaja yang menarik. Menampilkan pelakon popular Nur Fathia dan Erin Malik sebagai watak utama, drama ini turut mengetengahkan bakat pelakon baru Nazrief Nazri sebagai hero.

Menemui penonton pada 30 September ini, pukul 10.00 malam di TV2, drama bertajuk 'Oren dan Ceri' ini mengisahkan jodoh sepasang remaja yang hanya berhubungan menerusi laman sosial Facebook. Kisahnya semakin menarik lagi bila realitinya jodoh tersebut ada di depan mata namun masing-masing tidak menyedarinya.

Saksikan babak-babak menarik watak Hakim atau Kim, seorang remaja yang pemalu. Bergelar anak tunggal kepada orang kaya Farhen dan Zarish, membuat dirinya kekok bergaul dengan orang ramai terutamanya perempuan kerana gerak-geri dan tindak-tanduknya sering dikawal ketat.





Telemovie Oren dan Ceri, Slot Citra TV2 30/09/2014 by DramaMelayu

No comments:

Post a Comment