Wednesday 29 October 2014

Love You Mr Arrogant Raya


LYMA datang lagi. Drama bersiri popular Love You Mr. Arrogant akan kembali menceriakan peminat apabila bakal hadir dengan telemovie baru berjudul Love You Mr. Arrogant Raya akan disiarkan di TV3 pada perayaan Hari Raya Aidilfitri kelak. Pasangan popular Zara Zya dan Azlee Khairi sekali lagi bergandingan dibawah arahan Eoon Shuhaini. Nantikan telemovie ini bersiaran pada 27 Julai 2014 jam 9.00 malam di TV3.



JUDUL : Love You Mr Arrogant Istimewa Raya 

TARIKH : 27 Julai 2014

SIARAN :  Ahad, 9.00 malam di TV3

PENGARAH : Eoon Shuhaini

TERBITAN : Primeworks Studios

PELAKON : Azlee Khairi, Zara Zya, Fadilah Mansor, Idris Md Diah, Norish Karman, Aliesha Kirana, Mustafa Kamal, Azizul Azman


SINOPSIS LOVE YOU MR. ARROGANT RAYA
Kebahagiaan rumah tangga Zara dan Irham bersama anak sulung mereka, Nazriel Iman yang baru berusia setahun kembali teruji. Kecomelan pasangan Zara dan Irham makin terserlah bila Irham asyik merajuk dan mereka sering berbalah berkenaan bermacam perkara. Konflik mula melanda hidup Zara dan Irham apabila Zara membuat keputusan untuk berkerja di pejabat lamanya. Irham dan Farizah (isteri Hardy) mula menerima gambar-gambar yang menunjukkan kecurangan antara Zara dan Hardy. Sherry yang dulunya jahat juga muncul semula.




GAMBAR PELAKON 



No comments:

Post a Comment